Seorang pengkaji minda pernah berkata ‘anda tidak akan dapat jika anda tidak pernah nampak’. Imaginasi sentiasa menjadi realiti sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pernahkah anda terbayang akan lafaz ‘Dua Khalimah Syahadah’ yang anda lafaz setiap hari. Anda mengaku Allah sebagai tuhan anda dan anda juga mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah S.W.T.
Sekali sahaja, ketika anda lafazkan ungkapan tersebut, anda memang benar-benar memaksudkannya. Anda mengaku bahawa Allah adalah tuhan anda maka anda telah mengisytiharkan diri anda untuk mematuhi semua arahan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Anda juga mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah S.W.T, maka anda perlu melakukan apa yang di sarankan oleh Baginda tanpa ragu-ragu.
Inilah rahsia terbesar agama Islam yang hampir semua manusia mengabaikannya sekarang. Tidak perlu anda bertanya akan maksud Islam atau ilmu yang di miliki oleh wali-wali Allah, semuanya berbalik kepada kalimah tersebut.
Sebenarnya, imaginasi adalah cara terpantas untuk memperoleh sesuatu. Dengan menerbitkan imaginasi tersendiri mengenai kuasa Allah S.W.T, anda akan mula tunduk pada kuasa-Nya sedikit demi sedikit. Kuasa imaginasi dan kemewahan memang berkait rapat antara satu sama lain.
Sebelum anda membina sebuah perniagaan atau pekerjaan, anda pasti terbayang akan keuntungan yang bakal anda dapat. Namun, bayangan tersebut mulai hilang sedikit demi sedikit apabila anda menghadapi halangan atau rintangan. Anda telah terlupa akan bayangan janji yang anda lakukan. Imaginasi adalah perjanjian antara roh anda dengan semua anggota badan yang anda ada.
Pada permulaan, ketika anda terbayang akan kemewahan yang bakal anda miliki ketika memulakan perniagaan tersebut, anda telah melakukan perjanjian dengan anggota badan anda dari otak sehinggal sekecil satu sel bahawa jika mereka bekerja dan mengikut arahan dari anda, mereka akan memperoleh kemewahan. Katakan anda putus asa dan tidak berusaha, perniagaan anda gagal dan tiada kemewahan seperti yang di janjikan. Badan anda akan mula mengkhianati anda. Jangan salahkan mereka kerana anda yang memungkiri janji yang anda lafazkan.
Kebanyakan jutawan di seluruh dunia setiap hari berimaginasi bahawa perniagaan mereka akan lancar dan rezeki pasti akan turun dari langit untuk memberi mereka kemewahan. Orang yang berniaga secara jujur dan bermula dari bawah pasti faham akan konsep rezeki.
Oleh itu, mereka jarang merungut jika perniagaan mereka tidak berjaya. Mereka percaya bahawa ia bukan kerana Tuhan tidak memberi mereka rezeki tetapi Tuhan menangguh rezeki yang bakal turun kepada mereka atas sebab-sebab tertentu. Setiap mereka akan terus berimaginasi bahawa perniagaan mereka akan terus maju dan di limpahi rahmat dari-Nya. Jangan terkejut, jutawan Yahudi pun berfikiran sebegitu.
Ted Turner, seorang jutawan dari Amerika yang di katakan memiliki 1% dari kekayaan Amerika pernah berkata dalam sebuah rancangan bual bicara bahawa beliau sentiasa berimaginasi ,’Setiap tahun saya akan bekerja sehingga saya berjaya mendapat satu billion dollar, tetapi saya hanya akan ambil masa selama 15 hari dan 1 billion akan tiba di tangan saya’.
Lihat, bagaimana kuasa imaginasi telah membangunkan kuasa terpendam di dalam anggota badannya. Perjanjian tersebut sangat kuat kerana beliau memang benar-benar maksudkannya. Oleh itu, tidak hairan jika anggota badan beliau sanggup bekerja bersama-sama dengan beliau.
Banyak lagi kisah yang boleh di bangkitkan mengenai kuasa imaginasi. Napoleon , panglima perang dari Perancis, sentiasa berimaginasi sebelum berperang. Beliau berimaginasi mengenai suasana peperangan dan bagaimana hendak memenanginya. Hasilnya, kemenangan sentiasa berpihak padanya.
Dalam Islam sendiri, ada banyak kisah yang boleh dibangkitkan mengenai kuasa imaginasi. Sebab itu penting untuk anda memahami apa yang anda baca ketika sembahyang dan sebagainya. Ada seorang hamba Allah yang saya telah lupa namanya berdoa dengan ayat Seribu Dinar untuk menyelamatkannya dari ribut taufan di laut. Hasilnya, beliau selamat kerana ketika berdoa, dia memang maksudkannya. Beliau beriman pada ayat tersebut, hasilnya doanya di perkenankan oleh Allah S.W.T.
Kuasa imaginasi manusia sangat kuat. Saya pasti anda pernah mendengar mantera-mantera yang di ucapkan oleh pengamal tenaga batin. Anda ingat ia syirik, namun ia tidak kerana mantera seperti memanggil angin :
Angin, aku mahu kuasamu.
Tiuplah ke arah ku.
adalah semata-mata kata penguat. Anda pasti percaya akan kuasa minda separa sedar yang setakat ini di kesan tiada had akan penggunaanya. Mantera tersebut di gunakan untuk menguatkan imaginasi yang di hasilkan oleh minda anda. Apabila anda menyebut angin, aku mahu kuasanya, satu imej angin berpusar-pusar terbentuk dalam minda anda. Apabila anda melafazkan tiuplah ke arah ku, satu imej angin sedang meniup ke arah anda akan muncul.
Jika anda benar-benar maksudkannya, saya percaya angin akan muncul dan sedang bergerak ke arah anda. Kuasa imaginasi memang kuat. Gunakannya sebaik mungkin. Selamat tinggal kemiskinan, selamat datang kekayaan. Ungkapan tersebut mungkin akan memberi satu lembaran baru dalam kehidupan anda. Sekarang mari kita masuk ke bab baru untuk membongkar rahsia kemewahan iaitu Berfikir seperti seorang Billionnaire.
Terima kasih atas perkongsian ini.Perkongsian yang sangat membakar semangat.
http://nurbalqisqahira.blogspot.com/
bagus. cara berfikiran yg terbaik.