Bukan semua orang di beri kekuatan untuk membaca Al  Quran. Oleh itu, kita perlu hormat orang yang rajin membaca Al  Quran kerana mereka di pilih Allah taala untuk menjadi pembaca Al  Quran. Jika anda rasa diri anda tidak rajin membaca Al-Quran tetapi di hati anda ingin rajin membaca Al  Quran, anda perlu berusaha dengan berdoa dahulu.
Anda doa pada Allah taala supaya berikan anda kekuatan untuk rajin membaca Al  Quran sehingga khatam Al  Quran tersebut. Selepas berdoa, anda perlu terus membaca Al  Quran. Untuk jadikan diri anda rajin membaca Al  Quran, anda perlu biasakan diri anda dengan bacaan Al  Quran. Itu bermakna anda perlu belajar membaca Al-Quran dengan cara yang betul.
Apabila anda sudah mahir dalam selok belok membaca Al  Quran, anda akan rasa lebih semangat untuk baca Al  Quran. Namun, semangat sahaja tidak cukup jika anda tidak teruskan semangat itu dengan tindakan.
Jadi, anda perlu disiplinkan diri anda membaca Al  Quran satu halaman pada setiap kali anda lakukan solat fardhu. Anda beli Al-Quran kecil untuk anda bawa ke mana sahaja anda pergi. Anda jangan miss walaupun sekali.
Ya, kalau anda hendak rajinkan diri, anda perlu memaksa sedikit diri anda untuk disiplin. Terus membaca AL-Quran setiap kali anda tunaikan solat fardhu. Anda akan terus baca sehinggalah anda khatam bacaan anda.
Anda jangan putus asa atau biarkan diri anda rasa malas untuk baca Al  Quran. Selepas solat atau sebelum solat , anda terus sahaja baca Al-Quran. Jangan fikir sama ada anda sempat atau tidak atau berfikir sesuatu yang negatif. JUST DO IT.
Semoga anda di beri kekuatan membaca Al -Qura
Wallahualam.