Skip to content

Buat Duit dengan Handphone

Cara Buat Duit | Tanpa Modal @ Modal Rendah

Menu
  • About
  • Bisnes Topup
  • Hubungi
  • Penafian
  • Privacy Policy
  • Sitemap
  • Terms and Conditions
Menu

Lakukan ini pada setiap pagi, kemewahan akan datang pada diri anda.

Posted on January 13, 2014 by asma

Seorang pemuda bangun seawal 6 pagi, beliau ambil air sembahyang dan menunaikan solat subuh. Kemudian, beliau pergi ke dapur dan membuat sarapan untuk dirinya. Sambil termenung beliau makan sarapan yang di siapkan sendiri. Pada pukul 8, beliau telah bersiap sedia untuk bekerja. Kemudian pada pukul 5, beliau balik dan pada malamnya beliau keluar minum dengan rakan-rakan.
Berbeza dengan pemuda tersebut, seorang pemuda lagi selepas sahaja sembahyang , beliau duduk di atas kerusi dan mula menulis mengenai apa matlamatnya pada hari tersebut. Beliau senaraikan satu persatu perkara yang perlu beliau lakukan pada hari tersebut. Perbezaan antara pemuda ini dan pemuda lagi seorang adalah pemuda ini merancang hidupnya, bukan biarkan alam yang merancang kehidupannya.
Untuk berjaya dalam mengejar kemewahan, kita perlu hidup lebih baik dari semalam. Itu teori yang sangat mudah. Setiap pagi lakukan muhasabah diri dan cuba sebaik mungkin untuk mendapat lebih dari semalam. Jika anda beruntung, anda akan dapat apa yang anda mahu.
Kemewahan akan datang pada manusia yang konsisten dan sentiasa mahu membaiki sesuatu. Setiap hari lakukan perancangan seperti ini, selamat tinggal kegagalan, selamat datang kejayaan ataupun macam ini, selamat tinggal kemiskinan, selamat datang kekayaan.
Cipta jalan ke arah kekayaan.
Bagaimana perniagaan awak? Sudah tentulah meletup. Jawapan yang ringkas tetapi kesannya sangat kuat. Napoleon Hill, seorang penulis yang hebat sentiasa memberi semangat pada dirinya dengan mengatakan perkataan berikut,’ Buku saya akan terlebih laris.’ Sebanyak 400 kali. Ia nampak seperti mantera sahaja yang saya telah sentuh sebelum ini kan?
Anda perlu sentiasa berfikiran positif kerana tiada apa yang akan sampai pada anda jika anda terus berfikiran negatif. Awak apa khabar? Saya sihat sahaja. Selain itu, anda boleh berkata dengan lebih positif.’ Saya sihat seperti saya baru di lahirkan’. Kata-kata yang super positif sentiasa memberi kesan yang mendalam pada diri anda.
Jalan ke arah kejayaan boleh di cipta. Iaitu dengan bersikap positif. Bersikap positif sentiasa membenarkan minda anda untuk berfikir dengan waras dan tenang. Fikiran positif akan menghasilkan minda yang positif, minda yang positif menghasilkan badan yang positif, badan yang positif akan menghasilkan tindakan yang positif, tindakan yang positif akan memperngaruhi semua orang untuk berfikiran positif.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Tawaran 1GB Data Internet Percuma PKP dilanjutkan sehingga 24 jam
  • Projek Buat Duit
  • Welcome Deal Onexox untuk Pengguna Baru Onexox Prepaid
  • FAQ Apa itu Onexox Black?
  • Pilihan Onexox Black Plan yang ada

Archives

Categories

  • Bisnes Tone Excel
  • Bisnes Topup
  • Blog Bisnes
  • Simkad Onexox
  • Telco Malaysia
  • Uncategorized
  • VIP Tone Excel
© 2023 Buat Duit dengan Handphone | Powered by Superbs Personal Blog theme