Berikut adalah notis terbaru tentang penggunaan jenama Tune talk dalam bisnes Tone Excel
Salam sejahtera rakan2 semua.
Saya mendapat pesanan daripada HQ, yang pesanannya datang daripada pengurusan Tune Talk sendiri. Seperti mana yang kita semua tahu, bahawa terdapat dua jenis simkad dipasaran sekarang ini, pertama adalah normal tunetalk simkad yang berharga RM5, dan yang kedua simkad toneexcel, atau pun yang kita sering panggil simkad tunetalk/toneexcel.
Disebabkan perkataan Tune Talk itu dikhaskan kepada name branding dan marketing simkad tune talk biasa tersebut, maka penggunaan kita selama ini dengan memanggil simkad tunetalk/toneexcel adalah kurang tepat. Selepas beberapa perbincangan peringkat tertinggi diantara TuneTalk dan ToneExcel, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan dengan segera dan saya minta rakan2, terutama web master, internet marketer, social media marketer, menghormati sepenuhnya segala bentuk persetujuan, terutama yang telah dijanjikan oleh Founder kita kepada CEO Tune Talk.
1. Tidak lagi dibenarkan menggunakan nama TuneTalk untuk nama khas Simkad ToneExcel atau pun Toneexcel Program.
a. Saya minta kita semua tidak lagi memanggil simkad kita dengan nama Simkad TuneTalk/ToneExcel, tetapi kita mulakan hari ini dengan panggilan Simkad ToneExcel sahaja.
b. program/bisnes kita. Contohnya kita panggil bisnes kita sebagai Bisnes TuneTalk/ToneExcel. Saya cadangkan kita panggil sahaja Program/Bisnes ToneExcel.
Kepada sesiapa yang memiliki blog, website, facebook, Youtube video perlu mengubah perkataan tersebut dengan kadar segera. (Saya pun kena bersihkan kesemua tersebut, maklumlah dalam website toneexcel.biz berapa banyak perkataan tersebut saya ulang2, video youtube saya pun sangat banyak dan saya perlu ubah semua).
2. Kesemua domain, url, website page title, video YouTube title, jangan ada perkataan TuneTalk, macam website saya tunetalk.ws , kena tukar domain kepada yang lain, tak boleh guna perkataan tunetalk disitu.
3. Page title, lihat website lama saya tunetalk.ws , paga title dia adalah “TuneTalk ToneExcel: Buat duit dengan handphone anda”. Title yang sepatutnya adalah – contoh sahaja. “Simkad ToneExcel: Buat duit dengan handphone anda”.
4. Social media marketer, seperti didalam facebook, sila gunakan perkataan ToneExcel sahaja lagi untuk merujuk kepada simkad ataupun bisnes, jangan gunakan panggilan simkad tunetalk/toneexcel atau 3TE lagi.
5. Youtube, minta kawan2 tolong setting video pada Privacy Setting, letakkan under Unlisted.
6. Yang dibenar menggunakan perkataaan TuneTalk adalah sebagai sumber penerangan sahaja seperti
a) Simkad ToneExcel ini menggunakan service provider daripada TuneTalk
b) empowered by TuneTalk
c) Jika anda ingin topup dikedai, jangan minta topup toneexcel tetapi minta topup tunetalk
d) apa2 sahaja yang didalam bentuk penerangan, tetapi bukan sebagai nama khas utk simkad atau program.
Oleh itu saya memohon kepada rakan2 untuk melaksanakan apa yang dipersetujui oleh pihak atasan kita ini. Pada sesetengah daripada kita ia amat membebankan, tetapi sebagai internet marketer yang tegar, sebagai pemegang prinsip “You can’t find the company that can suit you, you need to suit yourself”, sebagai pengusaha yang sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik kepada pihak pengurusan, walaupun nampak macam membebankan, tetapi saya yakin pasti ada kebaikkan utk kita diatas tindakkan ini. Kita hanya “Just Do It”.
Tahniah dan Terima Kasih kepada ToneExcel dan TuneTalk diatas segala peluang yang diberikan. Untuk perkara diatas, no problem, we will support all the way till the endless.
Terima Kasih
Mazelan Abas