AutoResponder atau saya singkatkan sebagai AR, adalah satu perkhidmatan mengumpulkan data subcriber, pengikut, orang yang berminat pada program kita atau orang yang menginginkan maklumat terus dari kita. Dalam masa yang sama juga kita mempunyai akses untuk menhantar maklumat tersebut dalam bentuk email kepada mereka secara terus atau secara berkala (berjadual). Untuk memberikan kefahaman yang lebih mengenai autoresponder ini sila lihat video ini.
Kesimpulannya:
Tugas pertama AR untuk menyimpan maklumat pengikut/peminat.
Tugas kedua AR untuk menghantar maklumat secara berkala (email campign) atau secara terus (broadcast).
AR adalah robot atau pekerja kita yang tugasnya menghantar email secara automatik pada waktu yang kita tetapkan kepada pelanggan yang menginginkannya. AR ini akan menghantar email walau berapa banyak pelanggan yang kita ada sekali pun, dengan memanggil nama mereka secara individu.
Contohnya, sekiranya anda terjumpa mana2 website yang meminta anda mengisikan nama dan email, (website itu dipanggil landing page, dan borang online itu dipanggil capture form atau web form).
Bila anda klik submit sahaja, terus anda dapat satu email yang menyuruh anda mengesahkan email anda terlebih dahulu dengan klik link yang diberikan dibawah. Walau pun anda submit pukul 3 pagi, email tersebut tetap masuk, siap panggil nama anda pulak tu. Anda mula hairan, orang ni tak tidur ke? Jawapannya “Tidur” dia suruh hantu raya dia buat kerja, namanya “AR Trafficwave”.
Esok pula anda dapat satu lagi email dari kawan tu, penerangan mengenai produk yang dia tawarkan, lusa dapat lagi satu, tulat dapat lagi satu, tunggeng dapat lagi satu, dan kita mula terfikir, dia ni tak ada kerja lain ke, asyik hantar email je, jawapannya “Memang dia tak ada kerja, asyik memancing aje”, yang hantar2 tu hantu raya dia namanya “AR Trafficwave”, bukan dia.
Kita yang tak tahu ni pun balaslah, terima kasih kerana menghantar, saya sangat menghargai pengorbanan awak membuat semua ini bla bla bla bal…… Saya pun jawab “Sama2, saya memang rajin…” padahal perniagaannya sudah pun mencapat tahap autopilot… bergerak sendiri. Hantu raya tersebut tengah sibuk menghantar email yang kita perintahkan keseluruh dunia, 24 jam sehari, 367 setahun, lompat dua kali.
Untuk menggunakan perkhidmatan AR yang teramat rajin ni, kenalah bayar gaji dia, kalau bayar rajin la dia, kalau tak, nanti dia tak buat kerja. Gajinya sebulan yang kita kena bayar adalah lebih kurang US18(~RM54). Tetapi kerjanya lebih cekap daripada 10 kerani sekali pun. Gaji kerani pun sekarang ini lebih kurang RM800, tapi mana ada kerani nak bangun pukul 3 pagi jawab email.
Tanpa AR anda tak akan mampu buat kerja sorang-sorang, tanpa AR anda tak mampu nak hantar email ke beribu-ribu pelanggan, setiap hari pulak tu, siap panggil nama sorang2 pulak tu. Email yang dihantar setiap hari itu dipanggil email kempen. Satu AR dengan gaji RM54 boleh buat banyak kempen, boleh mengendalikan bilangan pelanggan ramai, dan tak pernah ponteng kerja, walau pun anda setkan penghantarannya di malam hari.
Jadi sesiapa yang tiada lagi autoresponder, elok bela seekor autoresponder, rajin sangat, tak payah bagi makan, bagi gaji je, pandai le dia. Tapi bila dah melanggan dengan AR ni kena belajar cara menggunakannya, kalau tidak rugi sahaja banyar gajinya setiap bulan, ada beberapa perkara yang anda ketahui mengenai AR ni:
1. Membuat nama kempen tersebut.
2. Pengesahan email bila orang menjadi pelanggan anda.
4. Ambil borang web untuk diletakkan dalam website anda.
3. Buat Email Kempen
5. Broadcast Email
Boleh klik dan dapatkan panduan menggunakan autoresponder trafficwave di http://www.autotrafficwave.net/?id=wt77 .