Setelah anda menyertai program bisnes ToneExcel ini, anda akan diberikan simkad dan nombor baru yang bermula dengan 010 atau 011.
Atas sebab tertentu, anda mungkin mahu terus menggunakan nombor hp lama anda sambil menggunakan perkhidmatan TuneTalk ToneExcel ini untuk menjana pendapatan sampingan setiap bulan. Memang agak sukar kalau kita asyik bertukar nombor hp yang sudah diketahui ramai orang.
Tak perlu risau sebab anda boleh mengekalkan nombor lama anda sekarang sama ada 012, 017, 014, 013, 019, 016, dan lain-lain ke dalam simkad baru TuneTalk ToneExcel anda, proses ini dinamakan Port-In.
Proses port in ini adalah percuma. Arahan sms boleh dihantar dari mana-mana nombor handphone. Proses ini boleh dilakukan selepas 3 hari pendaftaran simkad toneexcel dilakukan.
Terdapat 2 cara untuk mengekalkan nombor hp lama anda.
1. Buat port-in menggunakan cara sms
Proses ini boleh dilakukan bila-bila masa yang anda rasakan sesuai. Hanya taip sms dan hantar ke 014-705 7769 . Caranya,
1) Bagi pengguna my kad
pt nama noSN noPUK noIC alamat poskod TelcoLama NoHpLama
2) Bagi pengguna selain daripada mykad (spt kad Tentera, kad Polis)
pt nama noSN noPUK noTentera/Polis tarikhLahir alamat poskod TelcoLama NoHpLama
3) Bagi pengguna Passport
pt nama noSN noPUK noPassPort Negara tarikhLahir alamat poskod TelcoLama NoHpLama
dan hantarkan ke 014-705 7769
Contohnya:
(Ingat ini contoh sahaja)
pt ros binti orkid 80194321 16542536 760732013487 no.5 kampung keduak 77200 maxis 01212345678
Jika anda ingin mengekalkan nombor TuneTalk (SIM kad Tunetalk biasa), semua kredit dan tune talk points anda juga akan dimasukkan ke simkad toneexcel yang baru .
Sila ambil perhatian, tentang nota penting di bawah sekali sebelum anda melakukan proses port in
Penerangannya adalah seperti ini.
1) ad – adalah Kode Arahan aktif/daftar serentak.
2) Nama penuh : Masukkan nama penuh anda atau pengguna baru.
3) NoSN: 8 no S/N terakhir – Dibelakang simkad tersebut ada no S/N, ambil 8 nombor terakhir.
4) NoPUK : 8 digit yang ada dibelakang simkad. Wajib dimasukkan
5) NoIC/no passport/NO Askar/Polis: Masukkan no IC atau no passport atau nombor askar, polis
6) Alamat : Alamat sehingga poskod sahaja, tak perlu masukkan bandar dan negeri.
7) TelcoLama: Jika ingin terus mengekalkan no lama, sila sertakan Line lama anda, contohnya seperti Celcom, Digi, Maxis, UMobile, XOX, RedTone, YTLComms dan MTrade
8) NoLama: Masukkan sekali nombor lama anda yang ingin dikekalkan
Contohnya jika anda menggunakan XYZ prepaid, teruskan pakai XYZ prepaid, biasanya dia mengambil masa 24 jam untuk aktifkan nombor baru. Jadi pakai XYZprepaid tersebut hingga anda mendapat pemberitahuan dari XYZ yang perkhidmatan and telah ditamatkan.
Selepas itu baru lah anda gunakan SIMKAD oneexcel tadi dan anda akan dapati SIMKAD toneexcel ini akan menggunakan nombor xyz tadi.
Selesai Pertukaran operator dari syarikat telco lain ke Tunetalk. Bila anda ingin top-up di kedai-kedai, sekarang anda hanya perlu membeli topup tunetalk.
Berikan masa 2 hari bekerja untuk proses port in diproses antara pihak Tunetalk dan telco xyz. Anda akan mendapat sms/alert ke hp lama anda untuk memaklumkan yang proses port in berjaya. Jika tiada sebarang update selepas 2 hari, sila berhubung dengan pihak toneexcel atau DEC untuk mendapatkan status terkini.
2. Buat port ini secara online
Cara ini lebih mudah. hanya ikuti langkah berikut.
1. Login ke member Area di toneexcel.com. Caranya boleh rujuk disini .
2. Klik menu Registration
3. Klik menu Register Port In . Akan keluar pop up seperti di bawah. Lengkapkan borang tersebut. Dan tekan submit.
4. Permohonan anda akan diproses dalam masa 48 jam.
CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN
1. Masukkan simkad toneexcel ke dalam handphone anda
2. taip sms TE PORT ke 2888
3. Status permohonan akan di hantar melalui sms
Nota Penting:
Sebelum menukar nombor Toneexcel ke nombor lama anda sila pertimbangkan perkara berikut :
1. Nama dan IC yang didaftarkan pada nombor Toneexcel hendaklah sama dengan Nama dan IC pada nombor lama. Arahan ini dihantar menggunkan hp telco lama anda.
2. Semua baki kredit yang ada pada nombor lama tidak akan dibawa ke simkad Toneexcel. Oleh itu habiskan dulu kredit anda sebelum menukar ke nombor lama. Proses pertukaran hanya mengambil masa 24 jam.
3. Jika nombor lama itu ialah nombor postpaid sila jelaskan semua baki bil sebelum buat pertukaran. Proses pertukaran akan ambil masa 4 ke 5 hari bagi nombor postpaid. Jika ada baki tertunggak, proses port in mungkin akan gagal. Pastikan ia adalah “main line” dan bukan supplementary. Juga pastikan tiada sebarang kontrak dengan telco lama.
4. Pastikan terdapat baki minimum kredit di telco asal anda sebanyak RM2. Jika baki kredit anda kurang dari RM2, port in tidak dapat dilakukan
5. Sila pastikan contact anda yang terdapat dalam SIM kad nombor lama telah disalin ke telefon anda, kerana setelah port in dilakukan, SIM kad lama anda akan expire dan diblock, dan maklumat dalam SIM kad tersebut tidak boleh dicapai
6. Sekiranya anda aktif menggunakan online banking seperti Maybank2u, CIMB Clicks, ada kemungkinan anda tidak mendapat nombor TAC selepas proses port in. Terdapat beberapa cara untuk menyelesaikan masalah ini.
(a) Hanya pergi ke mesin ATM , tukarkan no phone penerima TAC tersebut kepada no lain, keluarkan ATM kad anda dan masukkan semula ATM kad tersebut dan tukarkan lagi sekali no phone TAC tadi kepada no asal. Ini macam aktivity reset sahaja, dan dengan cara itu setakat ini boleh menerima TAC tersebut ke dalam no hp port in.
(b) Buat panggilan ke customer servis bank dan maklumkan tentang pertukaran telco tetapi nombor yang sama. Pihak bank akan buat perubahan kepada setting anda.
8. Jika proses port-in TIDAK BERJAYA , sila berhubung terus secara walk-in atau telefon dengan pihak telco lama anda untuk mendapatkan penerangan lanjut tentang mengapa ia tidak berjaya. Pihak telco tidak akan berurusan dengan orang selain pemilik nombor sebenar. Jika sudah selesai, boleh hantar arahan pt lagi sekali.
Saya juga kongsikan status reject code yang biasa diberikan menggambarkan status permohonan anda disini
Untuk masalah port in atau Kekalkan nombor lama yang belum berjaya atau tiada respond. Boleh hubungi pihak berikut untuk mengenalpasti masalah yang menyebabkan ia terjadi.
1. Careline ToneExcel
Tel : 032780 3868
9pg -12 malam. Setiap hari termasuk hari cuti.
Tips : Oleh sebab ramai yang call, biasanya agak lama menunggu. Sila banyakkan bersabar.
2. Telco Tunetalk
Hubungi livechat secara online. Cara ini adalah percuma sahaja.
Live chat : http://www.tunetalk.com/my/Customerservice/livechat
Sila standby sms pendaftaran atau port -in yang telah dihantar untuk pendaftaran sebab pihak tunetalk akan perlukan beberapa maklumat untuk semakan.