Salah satu soalan paling popular bila sudah mendaftar ialah ” Apa nak buat lepas daftar Tone Excel ? “ Sekarang anda sudah pun mendaftar dan mengaktifkan simkad Tone Excel. Jadi, apakah langkah seterusnya? Ada yang rasa terbeban dengan program ini dan hilang arah sebab tak tahu nak buat apa. Nak mulakan dari mana?
Jom baca artikel ini dengan perlahan. Ia agak panjang tapi berbaloi untuk dibaca. Saya akan cuba untuk untuk memberikan anda sedikit idea untuk bermula.
Jika masalah anda ini tidak dapat diselesaikan, anda lah orang yang akan merasakan simkad Tone Excel ini tak best. Tak berbaloi. Mahal. Membebankan. Terpaksa cari orang pula dah, dulu guna telco lama tak perlu cari orang pun? Dan anda lah orang yang berpotensi besar untuk simkad expired.
Jika simkad sudah expired, anda akan rugi sebenarnya. Kenapa rugi? Kalau anda faham simkad ini, anda pasti akan bersetuju dengan pernyataan saya bahawa “sesiapa yang simkad Tone Excel nya expired adalah orang yang amat rugi dalam program ini”. Kalau anda faham simkad ini lah… kalau anda tak faham, pasti anda tak rasa rugi. Malahan, memiliki simkad ini pula yang mungkin merupakan suatu kerugian buat anda.
Nampak?
Disebabkan itu, di sini saya menyenaraikan tips atau cadangan yang mungkin boleh membantu anda.
*Susunan tips dalam tulisan saya ini tidak menunjukkan keutamaan. Jadi, tips pertama tidak bermaksud lebih penting atau perlu didahulukan daripada tips kedua dan begitulah seterusnya.
TIPS TONE EXCEL 1: Kenali dan fahamkan simkad Tone Excel yang dikuasakan oleh Tune Talk ini.
Bahagian ini sebenarnya yang paling penting sekali pada pendapat saya. Dan bahagian ini sebenarnya tak susah nak buat… Senang saja… Tapi bahagian inilah yang paling ramai orang sangat malas nak buat. Betul! Saya tak tipu! Sangat ramai orang yang menggunakan simkad ini tapi tak mahu kenali dan fahamkan simkad Tone Excel ini betul-betul… Mereka main terjah saja. Selepas sahaja daftar jadi agen, mereka terus terjah sana-sini promosikan simkad Tone Exce ini tanpa pengetahuan yang cukup. Mereka sendiri pun belum kenal sangat apa lagi lah nak faham tentang simkad ni.
Andaikan anda pergi terangkan simkad ni pada kawan anda dengan harapan dia akan beli dan daftar dengan anda… Bila anda khusyuk cerita pada dia, tiba-tiba dia tanya ini, tanya itu, tanya kenapa, tanya betulkah, tanya bukti, dan lain-lain lagi pertanyaan dia. Anda pula masih baru dan tak faham sangat simkad ni. Bolehkah anda jawab segala persoalan itu jika anda sendiri tak faham? Kalau dapat jawab, ok lah. Kalau tak dapat, adakah anda rasa kawan anda tu akan yakin dengan anda? Kalau dia tak yakin, mahu kah dia beli? Fikirkan…
Lebih teruk kalau situasi macam ni pula; Bayangkan, anda sedang promote pada seorang prospek ni, prospek tu pula cakap simkad ni tak best, simkad ni mahal, simkad ni susah… nak kena cari orang lagi baru boleh dapat income, simkad ni call rate dia mahal, internet tak unlimited dan banyak lagi lah komen yang negatif daripada prospek tu, dan disebabkan anda pun tak kenal dan tak faham dengan simkad ini, akhirnya anda pula yang bersetuju dengan semua komen negatif yang prospek anda cakap ketika anda promote tadi. Aik? Jadi terbalik pula? Kenapa boleh jadi macam ni? Faham cerita saya di sini?
Jadi tuan puan, anda kena lah kenali dan fahamkan produk yang anda nak promote pada orang lain ni dulu. Bagaimana anda nak promote sesuatu benda kalau anda sendiri pun tak tahu benda tu? Betul tak? Kata orang, tak kenal maka tak cinta! Haa…. Bagaimana nak kenal dan fahamkan simkad ni? Senang saja… Sifu Mazelan Abas kan ada kata, “bekalkan setiap orang yang anda taja itu dengan satu buku panduan”. Harap-harap orang yang taja anda itu juga ada memberikan anda buku panduan. Jika tiada, tanya dengan orang yang daftarkan anda itu. Jika tiada juga, jangan merungut! Anda masih boleh cari. Tak susah nak cari pun… Banyak orang jual. Terus beli dari sifu Mazelan Abas pun boleh. Boleh order dari saya juga.
Bila sudah ada buku tu, bacalah. Fahamkan betul-betul. Baca setiap helaian. Baca berulang-ulang. Saya sendiri pun baca buku panduan tu berulang-ulang kali selepas saya dapat buku ini. Masa saya daftar dulu, buku ini belum ada. Bila ia mula dikeluarkan , saya terus dapatkannya dan saya baca berulang-ulang kali. Sampai sekarang ini, saya masih baca buku panduan tu. Tapi tak sekerap macam awal-awal dulu. Kalau saya rasa kurang motivasi, saya akan buka semula buku ni.
Jika buku panduan tu pun tak cukup bagi anda untuk faham simkad ni, internet kan ada… google saja. Saya wajibkan anda untuk lawat laman web Tone Excel http://www.toneexcel.com dan baca lah semua maklumat dalam tu. Website saya http://myprepaidsms.com juga mengandungi banyak info untuk anda hadamkan.
Baca satu persatu. Janganlah baca macam tu saja. Kena lah fahamkan betul-betul ya… jangan malas nak baca. Kan membaca tu jambatan ilmu? Tak pernah dengar di sekolah dulu? Hehe… Maklumat sudah cukup banyak. Tapi kalau anda masih malas nak baca, saya tak tahu nak cakap apa sudah.
Lagi satu, orang yang daftarkan anda kan ada, upline anda. Tanyalah pada dia. Jangan diam-diam saja.Sekarang ini juga, makin banyak branch Tone Excel di buka di Malaysia. Setiap branch pula selalu mengadakan preview/talk tentang Tone Excel ini sekurang-kurangnya sekali seminggu. Datanglah ke preview/talk tu. Dari sana anda juga boleh meningkatkan kefahaman anda, sekaligus meningkatkan semangat dan kemahiran anda. Percayalah.
TIPS TONE EXCEL 2: Betulkan persepsi anda tentang simkad Tone Excel ini.
Ramai orang yang sedang guna simkad ini pun masih mempunyai pandangan (persepsi) yang salah terhadap simkad ini. Macam mana boleh begitu? Jika anda yang sebagai pengguna juga masih salah anggap terhadap simkad ini, bagaimana pula dengan mereka yang masih belum guna simkad ini?
Cuba fikir…
Adakah ia sesuatu yang masuk akal jika seseorang yang beranggapan negatif terhadap simkad ini boleh menjual simkad ini pada orang lain? Amat susah. Maka betulkan dahulu persepsi anda yang masih tidak betul tentang simkad ini jika ada. Jika tidak, amat tidak masuk akal kalau dapat menjual simkad ini dengan laris sekali.Setuju? Antara persepsi-persepsi negatif atau anggapan-anggapan salah terhadap simkad ini ialah:
- Guna simkad ni wajib kena promote baru boleh untung. Kalau setakat guna saja tak berbaloi.
- Bisnes yang ditawarkan melalui simkad ini berbentuk pramid atau MLM.
- Bisnes ni kena cari orang. Susah cari orang ni.
- Jika saya top up, orang atas akan untung.
- Bisnes ni makan duit orang bawah. Haram kalau saya makan duit orang ni.
- Guna simkad ni leceh. Banyak benda kena buat.
- Kadar call, sms, dan data internet simkad ni mahal,
dan terdapat macam-macam lagi persepsi negatif pengguna sendiri tentang simkad Tone Excel yang mereka sedang guna ini.
Dalam artikel ini, saya tak akan huraikan hujah balas untuk persepsi negatif yang saya catat di atas. Hujah balas untuk persepsi negatif itu saya biarkan anda sendiri untuk mencarinya. Jika anda jumpa, anda pasti berpuas hati. Itu kerja rumah anda. Kaji dan beritahu diri anda apa sebenarnya anggapan yang betul dan sepatutnya. Jika tidak, dan jika anda masih mempunyai persepsi seperti yang saya catatkan di atas ini, saya tidak hairan kalau simkad anda sendiri expired.Maksudnya anda RUGI.
TIPS TONE EXCEL 3: Tanya diri anda. Kenapa guna/join Tone Excel?
Untuk apa anda join Tone Excel ini? Adakah sebagai pengguna yang tak tahu apa-apa? Setakat support kawan atau keluarga yang sudah join? Kerana dipengaruhi janji-janji manis orang yang perkenalkan pada anda? Kerana mahu cepat kaya? Sebagai pengguna yang mahu dapat kelebihan berbanding simkad lain? Atau apa?
Tujuan anda dalam melakukan sesuatu perkara amat memainkan peranan yang penting agar anda mempunyai hala tuju dan matlamat. Jika anda tak tahu kenapa anda menggunakan simkad ini dan kenapa anda jadi ahli Tone Excel, maka anda tak akan tahu ke mana anda harus pergi. Anda akan bingung dan hilang arah.
Saya bagi contoh. Kenapa anda beli kereta? Anda mesti tahu kenapa anda beli kan? Mestilah tujuan anda yang utama adalah untuk memudahkan anda bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain bukan? Kalau anda tak tahu kenapa anda beli kereta, maka kereta tu tak akan digunakan dan akan jadi sia-sia sahaja.
Sama juga halnya dengan simkad Tone Excel ini. Anda kena tahu kenapa anda mahu gunakan simkad ini. Harus tahu! Ada beberapa tujuan yang saya senaraikan di sini;
- Guna simkad ini untuk keperluan perhubungan. Agar boleh call, sms, dan internet. (Pengguna biasa yang menganggap semua simkad sama sahaja)
- Guna simkad ini semata-mata untuk mahu kaya. (no komen…)
- Guna simkad ini untuk keperluan perhubungan, dan ingin mendapatkan kelebihan-kelebihan yang ditawarkan oleh simkad ini yang tiada pada simkad lain. (pengguna bijak)
- Guna simkad ini untuk keperluan perhubungan, ingin mendapatkan kelebihan-kelebihan yang ditawarkan oleh simkad ini yang tiada pada simkad lain, dan mahu mengubah hidup sendiri dan keluarga dengan peluang menjana pendapatan yang ditawarkan oleh simkad ini serta ingin memberi peluang pada orang lain untuk mendapat apa yang anda dapat daripada simkad ini untuk bersama-sama maju. (pengguna bijak dan berwawasan)
Saya tak mahu ulas banyak bahagian ini. Anda yang mana satu? Tahukah anda? Kebanyakkan mereka yang berjaya dan mendapat pendapatan sehingga 6 angka dalam program ini adalah mereka yang gunakan simkad ini dengan tujuan yang ke-4? Jika anda juga begitu, anda sudah berada di permulaan yang amat baik sekali.
TIPS TONE EXCEL 4: Tetapkan “target” anda.
Jika anda sudah tahu apa yang anda ingin dapatkan daripada menggunakan simkad ini, anda harus tetapkan target/sasaran yang anda boleh capai. Jangan juga terlalu mudah, jangan juga terlalu sukar. Walau bagaimanapun, ia terpulang pada anda. Saya akan senaraikan target-target yang sepatutnya ada jika anda mahukan yang terbaik bagi diri anda melalui simkad ini.
- Berapakah pendapatan yang ingin saya capai selepas ______ tahun mempromosikan simkad ini?
- Kepada siapakah harus saya perkenalkan simkad ini?
- Berapa banyak orang yang saya mahu perkenalkan dan daftar dalam sehari/seminggu/sebulan/setahun?
- Berapa lama harus saya terus mempromosikan/memperkenalkan simkad ini?
- Berapa banyak point yang saya mahu kumpul? Apa yang saya mahu tebus menggunakan point tersebut?
- dan lain-lain target yang anda rasa perlu atau sesuai untuk diri anda.
Ini juga kerja rumah anda. Saya tak boleh nak tetapkan target untuk anda. Saya bukan guru anda, saya bukan jurulatih anda atau orang tua anda yang selalunya akan menetapkan target untuk anda. Target ini anda kena fikir dan tentukan sendiri. Bila sudah ada target, anda berusaha lah untuk mencapainya. Fikir strategi bagaimana mahu capai target anda itu. Jangan lah letak target saja tapi tak buat apa-apa. Pastilah lah anda tak akan dapat apa-apa.
Selepas ada strategi untuk mencapai target, fokus dan semangat anda seharusnya sentiasa kukuh atau sentiasa meningkat. Bagaimana pula mahu ada semangat dan fokus yang tinggi? Ada banyak cara… Anda boleh lihat testimoni mereka yang sudah berjaya. Anda boleh selalu datang ke ceramah/talk/preview yang diadakan setiap masa. Anda juga boleh sentiasa atau selalu bersama dengan orang-orang yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama dengan anda. Dengan ini, semangat dan fokus anda akan sentiasa diperbaharui. Anda juga boleh join grup facebook Soal jawab Tone Excel ini untuk mendapatkan pelbagai info berkaitan Tone Excel.
TIPS TONE EXCEL 5: Promote / ceritakan / kongsikan / perkenalkan simkad Tone Excel ini dengan yakin tanpa malu dan ragu.
Untuk tips ke lima dan yang yang terakhir dalam artikel ini, tajuknya sahaja pun sudah menjelaskan segalanya apa yang anda perlu buat. Banyak yang cakap dengan saya, bahawa mereka tak pandai nak cakap atau nak cerita atau promote simkad ni pada orang lain… yang cakap malu pun ada.
Hmmm… sedih… Yang saya hairan, ada seorang kawan ni cerita pada kawan-kawan dia termasuk saya, yang betapa sedapnya nasi lemak buatan Mak Cik Semah. Bukan main lagi pandai dia cakap. Hebat dia cerita! Kalah iklan KFC di TV tu… Dia cerita berjela-jela tentang kehebatan nasi lemak buatan Mak Cik Semah.
Nasinya lembut… santannya betul-betul terasa… baunya bukan main sedap… daun pisangnya cantik… ikan bilisnya rangup… sambalnya cukup garam, cukup gula, cukup pedas, cukup semuanya… telurnya lazat… timunnya segar… Boleh tahanlah ceritanya! Semua orang terliur mendengar ceritanya itu. Semua orang pun pergi beli nasi lemak yang Mak Cik Semah buat. Jujurnya saya pun pergi beli juga… Saya sendiri pun terpengaruh dengan cerita dia tentang betapa sedapnya nasi lemak Mak Cik Semah itu! Betul!
Tapi sayangnya, Mak Cik Semah tak tahu pun yang kawan saya ini telah berhabis iklankan nasi lemak dia. Kawan saya ini bukannya dapat bayaran biar satu sen pun bila dia tolong Mak Cik Semah mengiklankan nasi lemak itu. Hmm… Tapi bila cakap tentang ceritakan tentang simkad Tone excel pula tak boleh… Hairan… di mana silapnya…
PENUTUP:
Sebenarnya ada banyak lagi tips dan persediaan yang perlu kita buat sebelum memulakan bisnes kita di Tone Excel ini. Tapi buat kali ini, biar saya ceritakan 5 sahaja.
Oleh itu, saya harap apa yang saya tulis dengan panjang lebar kali ini dapat menyedarkan anda. Membangunkan anda. Dan yang sesungguhnya dapat memberi panduan dan membantu anda untuk bermula. Ingat, semua ini juga bergantung dengan kesediaan anda, kesanggupan anda, kesungguhan anda, ketabahan anda, kesabaran anda, dan usaha anda yang berterusan tanpa mengenal erti jemu dan putus asa. Akhirnya, ia bergantung dengan diri anda sendiri juga.
Sekian. Maaf jika terkasar bahasa. Sesungguhnya saya 100% tiada niat menyakitkan hati sesiapa. Terima kasih. 🙂