Skip to content

Buat Duit dengan Handphone

Cara Buat Duit | Tanpa Modal @ Modal Rendah

Menu
  • About
  • Bisnes Topup
  • Hubungi
  • Penafian
  • Privacy Policy
  • Sitemap
  • Terms and Conditions
Menu

Cara Set Peratus Keuntungan Agen Topup

Posted on November 24, 2016 by asma

Sebelum anda boleh mula melantik atau mendaftarkan agen topup, perkara pertama yang WAJIB anda lakukan ialah dengan menetapkan peratus (%) keuntungan yang bakal diperolehi oleh agen dibawah rangkaian anda.
Sebagai contoh, keuntungan jualan Digi yang anda terima daripada Bisnestopup2u ialah sebanyak 4.50%. Maka, anda boleh menetapkan keuntungan sebanyak 4.00% (contohnya) kepada agen.
Perbezaan sebanyak 0.50% adalah keuntungan untuk anda. Perbezaan tersebut saya terangkan dengan terperinci seperti berikut:
Apabila agen dibawah rangkaian anda menjual topup Digi 10, maka mereka akan menerima keuntungan sebanyak 4.00% (RM0.40), manakala anda pula akan menerima 0.50% (RM0.05).
Lagi ramai agen yang anda daftar dan lagi banyak topup dijual oleh agen anda, anda akan menerima keuntungan berdasarkan perbezaan tersebut.
Keuntungan ini anda yang tentukan sendiri!
*Nota:
Penting untuk anda sentiasa ‘alert’ dengan perubahan peratus (%) keuntungan yang dilakukan oleh pihak syarikat dengan sentiasa melihat peratus (%) keuntungan di dalam web ahli iaitu www.69topup.com/dealer > Dealer Info.
Syarikat 69Topup berhak untuk mengubah peratus (%) komisyen ini tanpa memaklumkan kepada semua agen dan dealer terlebih dahulu. Di BisnesTopup2u, kami akan maklumkan melalui web dan juga Group Whatsapp.
Baiklah! Seterusnya, mari kita belajar cara-cara untuk menetapkan peratus(%) keuntungan untuk agen di bawah rangkaian anda!
CARA 1 :  Penetapan % Keuntungan Untuk Semua Agen
LANGKAH 1:
Layari www.69topup.com/dealer
Diruangan ‘MSISDN’ masukkan nombor telefon yang telah anda daftar.
‘Password’, masukkan password anda.
bisnes-topup-login-dealer
LANGKAH 2:
Di Menu sebelah kiri, sila klik ‘DealerInfo’.
 Kemudian klik ‘View’.(Nota: Pastikan anda deactivated popup blocker)
bisnes-topup-panduan-dealer2
LANGKAH 3:

  • Ruangan ‘Discount’ disebelah kiri merupakan peratus (%) keuntungan yang diberikan oleh BisnesTopup2u kepada anda. 
  • Ruangan ‘Last Update by Master’ adalah perubahan peratus (%)keuntungan atau tambahan produk/servis yang dilakukan oleh BisnesTopup2u
  • Manakala ‘Discount Template’ pula adalah peratus (%) keuntungan YANG PERLU ANDA EDIT
    (TETAPKAN) untuk agen dibawah rangkaian anda!.

bisnes-topup-panduan-dealer-3
 
LANGKAH 4:

  •  Klik ‘Edit’ disebelah kanan.
  • Masukkan nilai peratus (%) keuntungan yang anda mahu berikan kepada agen dibawah rangkaian anda diruangan ‘discount template’
  •  Klik ‘Update’ setelah selesai.
  • Ulangi semua step untuk kesemua produk.

bisnes-topup-panduan-dealer-4
LANGKAH 5:

  • Setelah selesai, klik pada butang ‘Apply Update (Discount Template’ to ALL User’ dibahagian atas sekali.
  •  Melalui cara ini, anda telah menetapkan, setiap agen yang berdaftar dibawah rangkaian anda akan menerima peratus (%) keuntungan yang sama.
  • Sekiranya ada perubahan peratus (%) keuntungan di masa hadapan, anda hanya perlu buat LANGKAH 4 ini bagi produk/servis yang berubah.

Selesai!
Nota:

  • Penetapan peratus (%) keuntungan yang diterima oleh agen anda adalah topik kritikal dan PALING PENTING SEKALI!
  • Jika anda tidak menetapkan peratus (%) keuntungan, maka agen anda TIDAK AKAN menerima profit daripada jualan topup.
  • Pastikan anda telah selesai ‘setting’ peratus (%) keuntungan tersebut sebelum mula melantik/mendaftarkan agen.

 

Recent Posts

  • Tawaran 1GB Data Internet Percuma PKP dilanjutkan sehingga 24 jam
  • Projek Buat Duit
  • Welcome Deal Onexox untuk Pengguna Baru Onexox Prepaid
  • FAQ Apa itu Onexox Black?
  • Pilihan Onexox Black Plan yang ada

Archives

Categories

  • Bisnes Tone Excel
  • Bisnes Topup
  • Blog Bisnes
  • Simkad Onexox
  • Telco Malaysia
  • Uncategorized
  • VIP Tone Excel
© 2023 Buat Duit dengan Handphone | Powered by Superbs Personal Blog theme