Hari ini saya akan kongsikan cara top up celcom prepaid anda. Walaupun saya tak guna prepaid celcom, tapi saya pasti ramai yang menggunakan prepaid ni dan tercari-cari cara nak topup simkad celcom prepaid kan?
Okla, untuk makluman, nilai top up celcom yang ada di pasaran adalah dari RM3 – RM100 dan boleh dibeli dimana-mana kedai topup, kiosk, mesin ATM, sms atau secara online.
Terdapat 2 jenis top up celcom prepaid yang biasanya di jual iaitu softpin dan auto reload.
CARA TOP UP CELCOM PREPAID JENIS SOFTPIN
Anda hanya perlu beli topup celcom. Kemudian, anda perlu key-in nombor pin 16 digit yang diberikan. Boleh rujuk cara dibawah untuk reload celcom prepaid anda.
Ringkasnya hanya dail *122*<no.pin>#
CARA TOP UP CELCOM PREPAID JENIS AUTORELOAD
Anda hanya perlu berikan nombor telefon yang hendak di topup kepada penjual prepaid, dia akan memasukkan nombor telefon tersebut sebelum membuat pesanan top up celcom prepaid anda. Ia lebih mudah dan pantas sebab top up celcom anda akan di tambah nilai secara automatik. Tidak perlu susah-susah taip nombor pin yang panjang.
Dengan menjadi dealer topup, anda boleh membeli top up celcom pada harga lebih murah dari pasaran. Ia sungguh mudah dan menjimatkan wang dan masa. Program ini juga membolehkan anda menjana pendapatan tambahan dengan menjual prepaid kepada orang lain kerana anda juga boleh menjual pelbagai jenis prepaid dari telco berlainan seperti maxis, digi , tunetak, umobile dan sebagainya.(tidak terhad kepada top up celcom sahaja).
Jadi, selain anda dapat topup celcom prepaid anda dengan cara mudah dan murah, anda juga boleh membuat duit dengan memulakan bisnes topup anda sendiri.