Skip to content

Buat Duit dengan Handphone

Cara Buat Duit | Tanpa Modal @ Modal Rendah

Menu
  • About
  • Bisnes Topup
  • Hubungi
  • Penafian
  • Privacy Policy
  • Sitemap
  • Terms and Conditions
Menu

Cara beli topup guna maybank2u

Posted on February 1, 2017 by asma

Hari ni saya nak berkongsi cara beli topup guna maybank2u. Adakah anda mempunyai akaun Maybank2u? Jika ya,tahniah! kerana banyak kelebihan yang boleh kita gunakan dengan Maybank2u, antaranya ialah dengan membeli barang secara online dan paling istimewa kita boleh beli topup dengan menggunakan Maybank2u.Menarik bukan?
Dengan adanya perkhidmatan yang di tawarkan oleh Maybank2u anda sudah tidak perlu bersusah payah lagi untuk keluar mencari topup dan tidak kira masa,kerana anda boleh menambah nilai ke nombor talian yang anda gunakan dengan begitu mudah sekali. Buat mereka yang telah mengetahui tentang topup online maybank2u, pasti sudah berpuashati dan menjimatkan masa.
Tapi kalau anda masih belum mengetahui cara beli topup guna maybank2u, anda boleh mengikuti langkah demi langkah tutorial cara beli topup guna maybank2u di bawah.
1.Mula-mula anda harus masuk ke website maybank2u, selepas itu anda login ke akaun maybank2u anda,kemudian pilih “buy online”
cara beli topup maybank2u
 
 
 
 
 
 
 
2. Selepas jendela buy online di buka,klik “instant prepaid top up“,pilihan ini adalah lebih mudah.
3. Seterusnya anda harus buat pilihan samaada mahu reload pada rangkaian apa yang anda gunakan,seperti,Celcom Xpax, Maxis Hotlink or Tune Talk.
cara-beli-topup-maybank2u-2
 
 
 
 
 
 
 
4. Selepas klik pada rangkaian pilihan anda,anda harus memilih jumlah yang mahu di reload pula.
5. Seperti kebanyakkan servis pembelian online,memerlukan TAC, jadi anda harus request TAC number untuk memastikan keselamatan pembelian online.
6. Selepas anda request TAC, Nombor TAC akan di hantar kepad telefon yang telah anda daftarkan
7. Akhir sekali Masukkan nombor TAC yang telah di terima pada telefon anda, selepas klik pengesahan, maka proses pembelian topup guna maybank2u pun berjaya di buat.
Anda boleh menyemak telefon anda untuk melihat reload yang telah di terima kepada nombor telefon anda, dengan adanya servis perkhidmatan seperti ini, anda boleh membeli topup untuk diri sendiri, malah membantu keluarga mahupun rakan rakan untuk pembelian topup secara online dan tidak perlu lagi menunggu atau menghabiskan masa, tenaga dan juga menjimatkan minyak untuk ke kedai membeli topup.
Pastikan anda save atau print resit belian topup anda untuk rekod jika ada masalah dengan pembelian topup tersebut. Jika ada masalah berkaitan topup di maybank, boleh rujuk sini.
Bagaimana dengan tutorial cara beli topup guna maybank2u? semoga dapat membantu anda untuk membeli topup terutama pada waktu memerlukan dan pada waktu malam, anda boleh sharekan artikel ini semoga dapat membantu mereka yang mahu membeli topup terutama kepada pemegang akaun maybank2u yang mahu membeli topup.
Ia sungguh mudah dan menjimatkan masa tidak kira di mana saja,dengan maybank2u segalanya sungguh lancar serta mudah,tidak perlu beratur panjang untuk membeli topup, ataupun jika waktu kecemasan mahupun tengah malam,tidak perlu keluar, kerana segalanya di hujung jari sahaja dengan maybank2u.
P/S : kita juga boleh beli topup melalui lazada. Kalau nak dapat topup pada harga diskaun, boleh jadi dealer topup.

2 thoughts on “Cara beli topup guna maybank2u”

  1. soffy says:
    December 13, 2017 at 3:52 pm

    nice!

    Reply
  2. hafidz says:
    December 30, 2017 at 9:51 pm

    saya telah menggunakan tetapi topup saya tidak dapat . jika anda tahu apa masalah tersebut

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Tawaran 1GB Data Internet Percuma PKP dilanjutkan sehingga 24 jam
  • Projek Buat Duit
  • Welcome Deal Onexox untuk Pengguna Baru Onexox Prepaid
  • FAQ Apa itu Onexox Black?
  • Pilihan Onexox Black Plan yang ada

Archives

Categories

  • Bisnes Tone Excel
  • Bisnes Topup
  • Blog Bisnes
  • Simkad Onexox
  • Telco Malaysia
  • Uncategorized
  • VIP Tone Excel
© 2023 Buat Duit dengan Handphone | Powered by Superbs Personal Blog theme