Skip to content

Buat Duit dengan Handphone

Cara Buat Duit | Tanpa Modal @ Modal Rendah

Menu
  • About
  • Bisnes Topup
  • Hubungi
  • Penafian
  • Privacy Policy
  • Sitemap
  • Terms and Conditions
Menu

Cara Daftar Agen Topup

Posted on June 7, 2017 by asma

Sebagai seorang dealer topup, anda boleh melantik agen topup anda sendiri dan ia sama seperti anda mula membuka cawangan kedai topup anda sendiri. Dengan melantik agen topup, anda berpeluang mendapat pendapatan pasif hasil dari jualan topup oleh agen anda.
Sebelum anda melantik sebarang agen topup, pastikan anda sudah selesai setting % diskaun topup untuk agen anda. Caranya saya ada tunjukkan disini.
Berikut adalah cara bagaimana anda hendak melantik agen topup di bawah anda.

  1. Pendaftaran mestilah melalui web rasmi syarikat 69topup. Login di www.69topup.com/dealer.
  2. Klik menu “Register User”
  3. Anda hanya perlu masukkan Nama dan No.HP bakal agen anda . Pastikan nombor handphone bermula dengan 60xxxxxxx
  4. Pastikan sebelum anda hendak mendaftarkan agen, baki minima di dalam akaun modal anda ialah RM10. Setiap pendaftaran agen baru akan dikenakan caj sebanyak RM10/per agen topup . Yuran ini akan ditolak dari akaun modal anda.
  5. Tekan butang submit
  6. Anda berjaya mendaftarkan agen anda. Satu SMS akan dihantar ke telefon bimbit anda yang menyatakan ‘Success Register’. Satu lagi SMS akan dihantar kepada agen yang mengandungi Password untuk akses ke Web Portal 69topup.com.

cara daftar agen topup
7. Selepas ini, anda bolehla bantu agen anda menambah modal ke akaun modal mereka untuk mula menjual topup.
Anda boleh jadikan web ini sebagai contoh bagaimana untuk anda mendapatkan maklumat penting daripada bakal agen anda seperti nama,no.hp dan maklumat bayaran.
Contoh yang saya buat ialah, saya akan meminta bakal agen memberikan butiran seperti nama, no.hp, bank, tarikh bayaran, masa bayaran & jumlah bayaran dalam format SMS seperti:
REG*NAMA*NOHP*BANK*JUMLAH*TARIKH*MASA
Setelah anda memperoleh butiran tersebut terutama nama dan no.hp, maka anda sudah boleh dan bersedia untuk mendaftarkannya ke dalam sistem Agen. Anda boleh mengenakan yuran pendaftaran sebagai agen untuk menampung caj RM10 yang dikenakan oleh pihak syarikat.
 

Recent Posts

  • Tawaran 1GB Data Internet Percuma PKP dilanjutkan sehingga 24 jam
  • Projek Buat Duit
  • Welcome Deal Onexox untuk Pengguna Baru Onexox Prepaid
  • FAQ Apa itu Onexox Black?
  • Pilihan Onexox Black Plan yang ada

Archives

Categories

  • Bisnes Tone Excel
  • Bisnes Topup
  • Blog Bisnes
  • Simkad Onexox
  • Telco Malaysia
  • Uncategorized
  • VIP Tone Excel
© 2023 Buat Duit dengan Handphone | Powered by Superbs Personal Blog theme