Pasti ada yang tertanya-tanya apa itu ONEXOX BLACK ? Ok, disini saya ingin memberikan penerangan ringkas mengenai simkad onexox black ini. Saya juga pernah membincangkan mengenai kelebihan onexox black sebelum ini. Dibawah adalah beberapa soaljawab yang mampu memberikan gambaran yang lebih jelas berkaitan apa itu onexox black kepada anda.
1. Apa itu Onexox Black ?
ONEXOX BLACK bukanlah POSTPAID mahupun PREPAID! Bukan sebuah pelan mudah alih yang biasa terdapat, malah membentuk sebuah kategori yang baharu sebagai pelan mudah alih didalam industri telekomunikasi. Alangkah baiknya jika kesemua data, minit dan SMS yang masih belum digunakan tidak terhapus? Jangan lihat mana-mana lagi kerana dengan ONEXOX BLACK, semua yang di dalam kaunter BLACK akan dibawa kehadapan selamanya!
#TIADAPEMBAZIRAN! Juga bermaksud anda boleh terus bebas melayari internet daripada mana-mana pelan ONEXOX BLACK yang dipilih TANPA perlu membuat langkah tambahan seperti untuk mengaktifkan data daripada akaun Season Pass.
2. Apakah perbezaan di antara ONEXOX BLACK dengan pelan mudah alih konvensional yang lain?
- TIADA PEMBAZIRAN – Kesemua data, minit dan SMS yang belum digunakan tidak akanterhapus dan akan dibawa kehadapan SELAMANYA selagi akaun pelanggan masih AKTIF.
- TIADA KONTRAK – Jangan risau merasa terikat! Nikmati pelan ONEXOX BLACK yang tiadakontrak.
- 24/7 INTERNET BERKELAJUAN TINGGI – Tiada sekatan kelajuan dengan ONEXOX BLACK! Nikmati internet berkelajuan tinggi bila-bila masa 24/7 di mana jua anda berada.
3. Apakah cara bagi pelanggan BAHARU dan pelanggan SEDIA ADA untuk melanggan ONEXOX BLACK?
PELANGGAN BAHARU:
- Dapatkan daripada pengedar sah ONEXOX BLACK berhampiran anda atau
- Dapatkan secara online melalui www.xox.com.my atau
- Dapatkan daripada pusat-pusat perkhidmatan ONEXOX atau
- Hubungi 1300 888 010
PELANGGAN SEDIA ADA (tukar pelan):
- Dapatkan daripada pengedar sah ONEXOX BLACK berhampiran anda atau
- Dengan melayari Self Care atau
- Hubungi 1300 888 010
4. Dengan mendaftar ke pelan ONEXOX BLACK, pelanggan perlu melakukan pra pembayaran bagi pelan ONEXOX BLACK yang dipilih – pelan didatangkan bersama data, minit dan SMS berdasarkan pelan yang ingin dilanggan.
- Nikmati kehebatan data, minit dan SMS yang belum digunakan untuk dibawa kehadapan tanpa had setiap bulan.
- Tidak terikat dengan kontrak.
5. Saya merupakan pelanggan ONEXOX. Apa terjadi kepada item-item didalam akaun Season Pass saya sekiranya saya bertukar ke pelan ONEXOX BLACK?
Item yang akan dibawa ke akaun ONEXOX BLACK
- Data yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
- Minit yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
- SMS yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
- ‘Loyalty Point’
- Kredit yang belum digunakan
Item yang tidak akan dibawa ke akaun ONEXOX BLACK
- Tempoh sah
- SMS Percuma
- Data yang telah diaktifkan
6. Berapa banyak yang perlu pelanggan bayar semasa mendaftar?
Update : Beberapa penambahbaikan telah dibuat kepada plan onexox black diatas
- Plan B39 telah ditambahbaik memberikan 8GB berbanding 6GB sebelumnya
- Plan B59 telah dijenamakan semula kepada B39PLUS20 dan memberikan minit panggilan tanpa had atau unlimited call kepada semua telco
7. Sekiranya saya merupakan pelanggan ONEXOX BLACK, berapa banyak data yang boleh saya simpan dan bawa kehadapan?
Maksimum 100GB
8. Bolehkan pelanggan ONEXOX BLACK mendapatkan penyata bercetak?
Ya. Pelanggan ONEXOX BLACK boleh mendapatkan penyata bercetak dengan caj RM5.
9. Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK menukar pelan yang dilanggan?
Ya. Pelanggan boleh menukar pelan yang dilanggan dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di talian 12273. Pelanggan berkenaan haruslah memastikan akaun berkenaan tidak mempunyai amaun tertunggak.
10. Cara untuk menukar semula ke pelan prabayar ONEXOX.
- Ya, pelanggan ONEXOX BLACK boleh menukar semula pelan ke pelan prabayar dan mengekalkan nombor yang sama.
- Walau bagaimanapun, kesemua item (kredit, data, minit dan SMS) yang terdapat didalam kaunter ONEXOX BLACK tidak akan dipindahkan ke akaun prabayar ONEXOX.
11. Bolehkah saya menggunakan mana-mana data, minit dan SMS daripada kaunter ONEXOX BLACK sekiranya akaun saya disekat atau digantung?
Tidak. Pelanggan tidak boleh menggunakan sebarang data, minit dan SMS sekiranya akaun pelanggan berkenaan telah disekat atau digantung.
12. Bolehkan saya mengunakan mana-mana data, minit dan SMS yang dikongsikan kepada saya oleh pelanggan ONEXOX yang lain apabila akaun ONEXOX BLACK saya disekat atau digantung?
Tidak. Pelanggan tidak boleh menggunakan mana-mana data, minit ataupun SMS sekiranya akaun pelanggan berkenaan telah desekat atau digantung.
13. Apa yang terjadi sekiranya saya mempunyai 150GB data di dalam akaun prabayar ONEXOX saya dan menukar ke pelan ONEXOX BLACK?
Kesemua 150GB akan dibawa ke akaun ONEXOX BLACK pada bulan pertama. Walaubagaimanapun, pada bulan kedua, pelanggan hanya mempunyai 100GB sahaja kerana hadmaksimum simpanan data hanyalah 100GB.
14. Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK membeli promosi HAPPY HOUR atau mana-mana pakej SEASON PASS?
- Semestinya. Pelanggan hanya perlu membeli pakej yang mereka mahukan dan boleh menggunakannya pada bila-bila masa dan dimana sahaja.
- Kesemua pakej Season Pass atau Happy Hour yang telah dibeli akan dimasukkan ke akaun ONEXOX BLACK.
- Dengan pelan ONEXOX BLACK, pelanggan tidak perlu mengaktifkan data daripada kaunter Season Pass seperti kebiasaannya.
15. Apa terjadi apabila saya telah menggunakan kesemua data, minit dan SMS di dalam kaunter ONEXOX BLACK saya?
- Bagi minit, penggunaan dikira berdasarkan kadar ‘pay per use’ dimana pelanggan akan dicaj RM0.15/minit mengikut blok 30 saat.
- Bagi SMS, penggunaan dikira berdasarkan kadar ‘pay per use’ dimana pelanggan akan dicaj RM0.10 bagi setiap SMS.
- Pelanggan boleh mendapatkan data tambahan dengan membeli promosi Happy Hour atau mana-mana pakej Season Pass.
*Pelanggan boleh terus menggunakan mana-mana data yang dibeli melalui Happy Hour / Season Pass.
16. Bolehkah pelanggan prabayar ONEXOX bertukar ke ONEXOX BLACK?
Ya. Sila rujuk soalan no. 3.
17. Bagaimanakah caranya untuk pelanggan ONEXOX BLACK boleh membuat pembayaran?
Bayaran boleh dibuat melalui embayaran Online
- Pembayaran Online
- Self Care
- Pusat Jualan ONEXOX
- Hubungi 12273
- Pembayaran terus menggunakan debit dengan menghubungi 1300 888 010 atau lawati mana-mana pusat jualan.
- Pembelian baucar tambah nilai di pelbagai kedai yang menjual topup dan outlet dibawah
18. Apakah dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran ONEXOX BLACK ?
Pendaftaran memerlukan dokumen seperti;
- Salinan Kad Pengenalan / Passport
- Borang pengesahan (Boleh didapati daripada pusat jualan ONEXOX)