Hari ini saya akan kongsikan pula tentang welcome deal onexox iaitu satu tawaran khas yang hanya diberikan pengguna yang baru sahaja mendaftar simkad onexox prepaid.
Untuk makluman, pihak onexox menawarkan pakej promosi khas yang dikenali sebagai Welcome Deal untuk semua pengguna baru onexox prepaid.
Kelebihan welcome deal onexox prepaid
Untuk setiap pengguna baru onexox prepaid yang mendaftar, simkad tersebut akan mempunyai kredit RM5 dan tempoh sah 30 hari sahaja. Jadi, apabila pengguna membuat panggilan atau akses internet, mereka akan dicaj mengikut kadar semasa.
Atas keprihatinan pihak onexox, diperkenalkan pakej promosi welcome deal kepada semua pengguna baru untuk membolehkan mereka menikmati penjimatan maksima bagi setiap langganan.
Melalui promosi welcome deal ini, pengguna berpeluang untuk mendapat kelebihan seperti berikut
1. Tempoh sah onexox prepaid dilanjutkan kepada 28 bulan. Tempoh sah ini sangat penting dan ia adalah kelebihan utama yang tidak boleh diabaikan untuk setiap pengguna. Jika dibanding tempoh sah asal 30 hari, ia akan dilanjutkan kepada 850 hari !.
2. Mendapat data internet pada harga yang lebih murah berbanding harga pasaran. Data ini akan disimpan didalam Season Pass dan boleh dikeluarkan mengikut keperluan semasa pengguna.
3. Mendapat minit panggilan pada harga serendah 9sen/minit. Minit panggilan ini akan ditolak setiap kali panggilan dibuat tanpa menolak nilai kredit yang sedia ada.
Syarat untuk layak langgan welcome deal onexox
Syarat utama untuk menyertai welcome deal ini ialah ia perlu dilanggan dalam masa 10 hari pertama selepas pendaftaran simkad berjaya dibuat. Selepas tempoh tersebut, tawaran ini sudah tidak sah.
Welcome deal ini hanya sah untuk pengguna baru onexox prepaid sahaja. Pengguna onexox black tidak layak untuk menyertainya.
Pakej promosi welcome deal onexox yang ada
Ada 4 pakej promosi welcome deal onexox yang disediakan oleh syarikat untuk pengguna baru onexox prepaid iaitu
1. Plan SP FAT10M
Untuk melanggan plan ini, hanya topup RM50 dan hantarkan sms SP FAT10M ke 22111 .
Ia adalah pakej kombo menggabungkan data dan minit panggilan. Dengan melanggan welcome deal ini, pengguna akan menerima
✔ 10gb data season pass
✔ 333 minit panggilan
✔ tempoh sah dilanjutkan kepada 2 tahun 4 bulan.. jadi, jika anda mendaftar pada 2019, tempoh sah anda adalah sehingga 2021👏👏
Saya kira plan ini paling berbaloi dan menguntungkan kerana kebiasaanya anda perlu mengeluarkan kos RM80 jika ingin mendapatkan 10gb data (RM50) dan minit panggilan sebanyak 333minit (RM30) ini.
2. Plan SP FAT10
Untuk melanggan plan ini, hanya topup RM50 dan hantarkan sms SP FAT10 ke 22111 .
Ia adalah pakej data khas untuk pengguna yang memerlukan data yang banyak dalam masa sebulan.
Dengan melanggan welcome deal ini, pengguna akan menerima
✔ 10gb data season passs
✔ 10 gb data semasa – sah dalam masa 30 hari
✔ tempoh sah dilanjutkan kepada 2 tahun 4 bulan
Plan ini sangat sesuai untuk pengguna internet tegar yang sering melayari internet, bermain game online mahupun sering download movie.
3. Plan SP FAT5M
Untuk melanggan plan ini, hanya topup RM30 dan hantarkan sms SP FAT5M ke 22111 .
Ia adalah pakej kombo menggabungkan data dan minit panggilan dengan kos yang lebih rendah. Dengan melanggan welcome deal ini, pengguna akan menerima
✔ 5gb data
✔ 100 minit panggilan
✔ tempoh sah dilanjutkan kepada 2 tahun 4 bulan.
Plan ini sangat sesuai untuk pengguna sederhana data dan panggilan. Juga sesuai untuk mereka yang menjadikan simkad onexox ini sebagai simkad kedua untuk backup seperti sering berada diluar negara untuk belajar atau bekerja mahupun untuk menjalankan bisnes online untuk melakukan promosi.
4. Plan SP VOICE
Untuk melanggan plan ini, hanya topup RM30 dan hantarkan sms SP VOICE ke 22111 .
Ia adalah pakej untuk minit panggilan sahaja. Dengan melanggan welcome deal ini, pengguna akan menerima
✔ 333 minit panggilan
✔ tempoh sah dilanjutkan kepada 2 tahun 4 bulan.
Plan ini sangat sesuai dilanggan oleh mereka yang hanya menggunakan telefon untuk menerima dan membuat panggilan sahaja.
Sebagai contoh, untuk kegunaan ibu bapa di kampung atau anak-anak yang tinggal diasrama yang tidak membenarkan penggunaan smartphone.
Mengapa perlu melanggan welcome deal onexox ini
Ok, diharap dengan penerangan panjang lebar mengenai welcome deal onexox ini dapat memberikan anda gambaran jelas mengapa anda perlu melanggannya sebaik sahaja mendaftarkan simkad onexox prepaid anda.
Jika ada yang rasa terbeban sebab perlu topup lagi RM50 atau RM30 semata-mata untuk melanggan pakej promosi ini. Saya jamin bahawa selepas tempoh sah anda dilanjutkan kepada 28 bulan, ia jauh lebih jimat berbanding telco lain yang anda perlu topup setiap bulan semata- mata untuk melanjutkan tempoh sah.
✔ Bayangkan dengan telco lain, anda perlu topup RM30 setiap bulan semata- mata untuk memastikan simkad terus aktif untuk 30 hari akan datang.
✔ Bayangkan anda mempunyai kredit ratusan ringgit tetapi tak boleh membuat panggilan keluar sebab tempoh sah dah tamat. Pasti sangat menyakitkan hati.
✔ Bayangkan pula, dengan melanggan welcome deal ini, hanya topup minima RM30 dah dapat tempoh sah 850 hari. Mana lebih berbaloi? Saya pasti anda dah tahu jawapannya.😁
Akhir kata, jika berminat nak guna simkad onexox prepaid mahupun onexox black, bolehlah berhubung dengan mana-mana dealer onexox ataupun boleh juga dapatkannya di shoppee atau lazada .