Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertamanya saya ucapkan ribuan terima kasih kerana berkunjung di blog ini. Nama saya ialah Asmawati Abdul Manap dan saya adalah  admin blog ini . Tujuan utama blog ini dibina ialah untuk berkongsi satu peluang buat duit guna handphone.

Saya adalah seorang surirumah sepenuh masa dengan 5 orang cahayamata. Alhamdulillah, blog ini masih ada disini sejak bermula pada tahun 2006. Terlalu banyak jasa blog ini kepada saya dan keluarga. Ia telah mempertemukan saya dengan lebih ramai orang walaupun saya hanya di alam maya sahaja.

Dalam usaha saya untuk buat duit dari rumah, saya lebih senang memilih menjana pendapatan dari internet, saya telah menyertai pelbagai program buat duit. Ada yang berjaya , ada juga yang gagal.

Buat masa sekarang, terdapat beberapa program yang  telah memberikan saya pendapatan pasif setiap bulan.

Cara Buat Duit #1 :Bisnes Topup 

Bisnes topup adalah antara bisnes pertama yang saya mula buat dan masih lakukan hingga sekarang. Dengan bisnes topup ni, saya dapat membeli apa jua topup dengan cepat, mudah dan paling best.. harganya lebih murah dari pasaran. Misalnya, kalau saya beli topup tunetalk RM10, saya cuma bayar rm9.60 je sebab dapat diskaun 4%.  Jimat 40sen. Sikit ke?

Bisnes topup ni memang untung sen-sen, tapi kalau dah ada pelanggan tetap tiap hari.. tak mustahil boleh cecah 4 angka incomenya. Lagi best bila kita dapat lantik agen dibawah kita. Ia umpama kita buka cawangan kedai topup dengan modal yang sangat rendah. Dengan hanya menjadi dealer topup , anda dah boleh memulakan bisnes topup anda sendiri. Kalau nak miliki mesin topup seperti di kedai runcit pun boleh.

Cara Buat Duit #2: Bisnes  Simkad 

Saya menyertai  bisnes simkad ToneExcel sejak 2010 lagi kerana ia adalah satu bisnes yang simple tapi menguntungkan. Hanya guna simkad telco yang tawarkan peluang buat duit dengan simkad mereka. Apabila kita kongsikan kelebihan simkad ini dengan orang lain dan mereka turut menggunakanya dan topup setiap bulan. Suka tak suka, setiap bulan kita tetap akan topup handphone kita kan? Secara tak langsung , kita akan dibayar walaupun kita tak menjual topup kepada pelanggan kita tu.

Alhamdulillah, dengan bisnes simkad ini, saya menerima pendapatan pasif setiap bulan tanpa gagal. Pendapatan pasif yang dicari semua orang. Kerja sekali,dibayar berkali-kali. Namun, buat masa sekarang saya sudah berhenti mempromosikan bisnes simkad ini. Hanya sebagai pengguna simkadnya sahaja.

Tapi, yang seronoknya saya masih menerima  pendapatan setiap bulan dari usaha saya yang dahulu, kerana pelanggan simkad tersebut masih menggunakannya sehingga kini dan tak pernah gagal topup simkad mereka setiap bulan.

Cara Buat Duit #3: Google Adsense 

Ini juga satu sumber buat duit yang sangat mudah. Hanya masukkan code iklan google adsense anda, dan secara automatik iklan akan dipaparkan di laman web atau youtube anda. Pendapatan anda akan dibayar dalam matawang USD. Memang berbaloi.

Jika anda tercari-cari panduan lengkap untuk buat duit dengan google adsense ini, boleh dapatkan Panduan Raja Adsense Revive ini. Ia adalah panduan yang saya gunakan dahulu untuk memulakan akaun adsense saya. Dan kini, ia telah diupdate oleh penulisnya untuk disesuaikan dengan maklumat terkini.

Ia akan jadi pelaburan ilmu yang sangat berbaloi jika anda mengikuti semua langkah yang diberikan. Sudah pasti ia memerlukan usaha yang gigih dan konsisten. Yang penting, jangan sesekali putus asa.

Okla, rasanya cukuplan serba sedikit saya kongsikan tentang apa yang saya buat dan telah memberikan pendapatan yang konsisten kepada saya setiap bulan. Didoakan post ini memberikan anda serba sedikit idea bagaimana nak mula buat duit di internet ni dengan hanya duduk di rumah sahaja.

Diharap kehadiran blog ini akan dapat memberikan manfaat kepada ramai orang diluar sana. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komen, bolehla menghubungi saya disini

*************************************************************************

Nak mulakan bisnes topup?  Klik untuk info  

*************************************************************************