Assalamualaikum dan salam sejahtera,Sudah agak lama saya tidak membuat posting di blog ini. Seperti yang anda maklum, saya sebenarnya terlibat dengan perniagaan jualan langsung (MLM) di internet. Jadi, post pada hari ini ada kaitan dengannya.
Sebelum saya menerangkan kepada anda tentang bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan jualan langsung (MLM) sepenuhnya melalui internet, saya perlu menjelaskan beberapa perkara yang mungkin akan disalah tafsirkan oleh anda.
Pertamanya ialah dengan menjalankan perniagaan melalui internet tidak bermakna anda hanya perlu membina sebuah laman web dan mengharapkan perniagaan anda akan berjalan dengan sendirinya. Anda masih perlu bekerja keras sama seperti menjalankan perniagaan MLM secara offline. Ia hanyalah satu kaedah yang berbeza.
Kedua, apabila saya mengatakan bahawa ia dijalankan sepenuhnya melalui internet, ia hanya untuk mendapatkan prospek yang benar-benar berminat untuk menyertai anda. Ia TIDAK BERMAKNA anda tidak perlu berhubung di telefon untuk berhubung dengan “manusia sebenar”. Ia masih perlu dilakukan kerana anda pastinya sedar bahawa hubungan peribadi yang baik akan memberikan keyakinan kepada prospek anda.
Jadi, apakah yang perlu anda tahu apabila menyertai perniagaan jualan langsung melalui internet?
Perkara pertama yang perlu anda faham ialah perniagaan jualan langsung (MLM) dan apa jua perniagaan melalui internet hanya melibatkan permainan nombor. Inilah yang menjadikannya ideal untuk dijalankan secara online. Kenapa?
Ini kerana sebarang perniagaan internet hanya melibatkan nombor. Jika anda bertanya kepada sesiapa sahaja yang memiliki laman web, fokus utama mereka ialah untuk mendapatkan pelawat (ataupun trafik).
Ini kerana menurut kajian yang dijalankan, 2% – 4% daripada jumlah pelawat ini akan klik pada link yang boleh memberikan keuntungan kepada pemilik laman web itu. Daripada jumlah tersebut pula, hanya 1% yang akan membuat pembelian. ¼br /> Ini bermakna jika laman web itu menerima 10,000 pelawat, hampir 400 orang akan bertindakbalas pada tawaran yang dinyatakan dan daripada jumlah itu, hanya 4 orang yang akan membuat pembelian. Secara logiknya, oleh kerana kadar tindakbalas yang sangat rendah, apa yang diperlukan ialah jumlah trafik yang tinggi, dan prinsip yang sama diperlukan untuk menjalankan perniagaan jualan langsung (MLM) anda.
MLM ialah perniagaan yang sangat mudah kerana ia hanya melibatkan proses mendapatkan prospek dan menapis prospek dan membuat hubungan susulan (follow up) dengan prospek yang layak sehingga mereka membuat tindakan yang anda ingini (atau sehingga mereka ingin berhenti) – sama ada untuk membuatkan mereka membeli produk daripada anda ataupun menyertai kumpulan anda sebagai pengedar. #1- Mendapatkan Prospek
Bagaimana anda boleh mendapatkan prospek? Ini bergantung kepada bagaimana anda memulakannya. Jika anda telah mempunyai sebuah laman web yang telah dikenali, tidak banyak kerja yang perlu anda lakukan kerana anda hanya perlu memasukkan maklumat berkaitan perniagaan jualan langsung (MLM) anda.Tetapi jika anda masih belum mempunyai laman web, anda perlu bermula dari awal. Anda perlu membangunkan sebuah laman web yang boleh menarik perhatian mereka yang mungkin akan turut berminat dengan peluang perniagaan jualan langsung (MLM) ataupun produk yang anda pasarkan.
Selain itu, anda perlu memperhebatkan promosi untuk mendapatkan pelawat ke laman web anda ini melalui apa jua kaedah pemasaran atau promosi yang mungkin seperti pengiklanan melalui enjin pencari, laman web berbentuk direktori atau classified, menyertai forum, menjalankan ezine anda sendiri dan banyak lagi kaedah pemasaran secara online dan offline yang boleh dilakukan, hanya untuk satu tujuan, MENDAPATKAN TRAFIK.
Untuk mendapatkan trafik yang memuaskan, anda akan mengambil masa berbulan-bulan. Rancangkan jumlah modal dan masa yang akan anda gunakan untuk menjalankan proses promosi ini secara tetap seperti anda akan membelanjakan RM50 sebulan dan meluangkan masa selama 1-2 jam sehari melakukannya.
Anda masih boleh menjimatkan wang untuk promosi dengan menggunakan pelbagai ruangan pengiklanan percuma yang disediakan tetapi biasanya ruangan berbayar akan memberikan tindakbalas yang lebih pantas dan memuaskan hati. Boleh rujuk post saya di http://tambahpendapatan.com/blog/index.php/2006/05/20/teknik-mempromosikan-laman-web/ Insyaallah, jika anda menjalankannya dengan penuh dedikasi dan berterusan, dalam masa setahun anda akan berjaya membina sebuah kumpulan yang mantap dan menguntungkan.
#2 – Menapis Prospek yang layak
Tidak seperti perniagaan tradisional dalam mendapatkan prospek secara offline, kini prospek yang diperolehi secara online telah ditapis terlebih dahulu. Contohnya, jika anda cuba mendapatkan prospek secara offline, anda mungkin telah bercakap dengan beberapa orang yang anda temui di pasaraya, semasa menghantar anak ke sekolah atau semasa menjalankan aktiviti harian anda. Apa yang menjadi masalah ialah anda tidak mengetahui samada mereka akan berminat dengan tawaran anda dan ini akan membuang begitu banyak masa anda. Tetapi, jika anda telah membina laman web yang mempunyai topik yang releven dengan kehendak pelawat anda dan berminat dengan perniagaan jualan langsung (MLM), secara tidak langsung anda telah membuat penapisan terlebih dahulu. Ini kerana mereka telah mendapatkan anda (dengan melawat laman web anda) dan berminat untuk sekurang-kurangnya mengetahui lebih lanjut tentang peluang yang ingin anda tawarkan.
Apa yang pasti, prospek ini sendiri datang kepada anda dan bukan sebaliknya. Jika ada yang menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi mereka melalui telefon atau hantarkan maklumat yang diingini melalui email. Semua ini bergantung kepada apakah kaedah yang sesuai dan selesa untuk kedua-dua belah pihak.
#3 – Membuat Tindakan Susulan Sehingga Mendapat Tindakan,¼br /> Salah satu kelebihan terbesar apabila menjalankan perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet ialah proses follow-up boleh dijalankan secara automatik. Setiap kali seseorang menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat berkaitan peluang yang anda tawarkan,masukkan alamat email mereka kedalam contact list anda. Kemudian, hantarkan email untuk membuat follow up kepada mereka secara berkala. Dengan menggunakan autoresponder (perisian yang membolehkan anda menghantar mesej yang telah ditulis lebih awal kepada alamat email yang didaftarkan secara berkala). Proses ini boleh dijalankan secara automatik, dan ini akan menjimatkan lebih banyak masa didalam mendapatkan prospek anda berdua dan masa tersebut boleh digunakan untuk kerja-kerja pengurusan dan pengiklanan.
*Maklumat lanjut mengenai autoresponder boleh dirujuk di laman web http://home-based-business-resources.blogspot.com/2006/07/autoresponders-generate-online-profits.html **
Seperti yang anda dapat lihat, menjalankan perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet sepenuhnya bukanlah projek yang mendatangkan hasil seminggu dua kerana ia memerlukan banyak tugasan, konsisten dan komitmen. Tetapi yang pasti itu semua boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa halangan.
Jika anda ingin sedang mencari peluang perniagaan di internet yang mampu memberikan pulangan yang lumayan untuk jangkamasa panjang, saya kira perniagaan jualan langsung (MLM) berasaskan internet wajar juga menjadi pilihan anda selain program affiliate dan yang berasaskan maklumat. Namun, sekali lagi saya perlu ingatkan bahawa semua ini masih memerlukan anda melaburkan masa, wang dan memerah otak didalam membina perniagaan anda.
Berita baik untuk anda ialah perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet turut menawarkan satu lagi KELEBIHAN TERBESAR berbanding menjalankan lain-lain perniagaan internet iaitu UPLINE anda.
Jika upline anda menjadi sebahagian daripada kumpulan yang telah menjalankan perniagaan jualan langsung (MLM) sepenuhnya melalui internet, ini bermakna anda berupaya memperolehi pelbagai kepakaran dan peralatan selain berkongsi pengalaman dengan ahli lain yang sukar diperolehi dari tempat lain.
Melalui internet, semuanya boleh diperolehi melalui laman web kumpulan dan kini anda tidak perlu lagi menghadiri perjumpaan kumpulan yang biasanya dijalankan pada waktu malam atau hujung minggu. Jadi, fikirkanlah. Jika anda masih tercari-cari kaedah untuk menjana pendapatan melalui komputer anda dan anda merasakan perniagaan jualan langsung (MLM) tidak sesuai untuk anda, rasanya anda perlu memikirkannya lagi sekali.
Perniagaan jualan langsung (MLM) yang digabungkan dengan teknologi internet dan bantuan upline serta kumpulan yang tahu apa yang perlu dilakukan untuk BERJAYA akan memberikan pilihan terbaik untuk anda memperolehi kebebasan kewangan yang anda ingini.
Tetapi, jangan harapkan ia akan menjadi dalam masa sekelip mata sahaja. Tiada silap mata dalam hal ini atau apa jua perniagaan yang anda jalankan.
Okla, rasanya sudah terlalu banyak yang ditulis untuk hari ini. Anda juga boleh juga mendapatkan pelbagai artikel menarik mengenai perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet di http://network-marketing-mlm-guide.blogspot.com/ .
Salam sukses!
P.S: Saya juga menyertai kumpulan autodownline Cybershop2u untuk perniagaan jualan langsung yang berasaskan produk keperluan harian dan kesihatan.Maklumat lanjut mengenai kumpulan saya boleh anda perolehi di sini P.S.S: Selain itu, saya juga menyertai perniagaan prepaid melalui SMS yang juga menggunakan konsep perniagaan jualan langsung (MLM) melaui internet. Maklumat lanjut mengenai kumpulan autodownline Edagang boleh diperolehi di laman web ini
*************************************************************************
Nak mulakan bisnes topup? Klik untuk info
*************************************************************************
Terimakasih kerana artikel yang sangat hebat & bernas berkenaan perniagaan MLM melalui internet. Saya sangat merekemenkan usahawan eMLM membaca artikel ini dan jadikan sebagai panduan untuk anda lebih berjaya.
Tahniah kepada penulis.
Sebagai ahli MLM, saya juga ada mengiklankan website MLM yang berkenaan. Namun, sambutan langsung daripada pembaca internet di dalam ataupun di luar negara….hingga sekarang saya berputus asa untuk meneruskan perniagaan secara internet. Hutang bill internet meningkat ribuan kerana masa yang terluang untuk mengiklankan website untuk mencari pelanggan dsb. menyebabkan saya tidak tertanggung hutang tersebut sampai mencapai tahap muflis. Ansuran rumah, kereta, talipon, air, elektrik dan sebagainya , semuanya tersangkut….dimana lagi atau bagaimana lagi harusnya saya mencari wang untuk melangsaikan semua ini????Saya mohon bantuan daripada mana-mana mahluk allah daripada segenap pelusuk bumi yang berasa simpati terhadap saya , insan yang kerdil, dimana di dunia ini, manusia mengejar kekayaan tidak akan berhenti dimana-mana lagipun harta di dunia tidak dapat dibawa mati, hanya mencari wang untuk menyara keluarga di dalam menjalani kehidupan seharian. Setiap perbuatan penipu mestilah dibalas dengan penipuan kepada diri sendiri ataupun ahli keluarga di suatu hari nanti. Pencipta kita maha adil, mengetahui, melihat segala perbuatan dan membalas segala perbuatan. Tiada manusia yang boleh mencapai unur setinggi langit. Setiap amalan kebaikan manusia dibalas oleh allah swt , itulah yang paling berharga dan tiada bandingannya, namun pengharapan balasan pahala adalah yang terbaik daripada maha pencipta sendiri. Inilah pertanyaan untuk mencipta agar menjadi seorang peniaga yang benar-benar berjaya selepas tertindas. Diharap dapat memberi komen anda.
fadil,
memang untuk berjaya dalam MLM ni kita kena konsisten dalam usaha kita selain sentiasa belajar dan mempraktikkan apa yang dilakukan oleh mereka yang berjaya.
Kalau kita tak gunakan teknik yang betul, memang kita tak akan dapat hasil yang diinginkan.Perancangan masa dan kewangan juga sangat penting.
Bagi saya sendiri, walaupun hasil belum lumayan. Saya anggap penyertaan saya dalam MLM sebagai pelaburan jangka masa panjang. SLOWLY BUT SURELY.
Kejayaan Saya Tanggungjawab Saya!
A,kum
Di sini saya cuba merumuskan hasil tulisan ustaz zaharudin dan Wan Rumaizi berkenaan beberapa ciri-ciri MLM / Jualan Langsung yang boleh bercanggah dengan syariah
1/ MLM yang tidak berasaskan produk – boleh jadi ada produk, tetapi mengarut seperti lot kedai maya yang hanya wujud di alam siber dan dibeli oleh makcik bedah yang kerja menoreh getah di kampung yang tiada komputer dan internet dirumahnya. Kalau dia claim, x perlu jual produk, kena cari downline sahaja, ini lagi terang2 salah dan bercanggah dgn islam. ini boleh masuk kategori (money game) yang banyak mendekati unsur-unsur perjudian dan tergolong dalam bentuk riba an-nasi’ah dan riba al-fadl.
2/ memasuki MLM bukan kerana produk, tetapi dengan niat utama untuk memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian (difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi).
3/ Produk yang boleh didapati dengan harga yang jauh lebih rendah, dijual dengan harga yang berlipat kali ganda tanpa ada sebarang keistemewaan yang terbukti dengan kajian yang kukuh. digelar ‘Gabhnun Fahish oleh ulama fiqh. Boleh jadi harus, tetapi boleh jatuh makruh dan haram.
4/ Dua belian dalam satu akad. Contoh yang praktikal adalah seperi: ”Aku jual barang produk kesihatan ini dengan harga RM 2000 dengan syarat engkau jadi wakil jualanku dengan komisyen sebanyak 3 % dari harga jualanmu dan aku beri mandat kamu untuk jadi lantik ahli baru dan setiap jualannya kamu akan dapat 2 % dengan syarat kamu ada jualan sendiri sebanyak RM 1000 setiap bulan”
Di dalam contoh ini ada beberapa akad yang dijalankan serentak
a. Jual barang RM 2000 – Aqad jual beli (mu’awadah) yang bersifat lazim
b. Lantik jadi wakil dengan upah (Wakalah bil Ujr) – Aqad wakalah yang bersifat lazim.
c. Setiap ahli yang kamu lantik jual kamu layak dapat 2% – Akad ju’alah,
d. Kamu hanya layak dapat 2 % ju’alah tadi dengan syarat kamu ada jualan sendiri RM 1000 – Akad yang syubhat dan memerlukan perbincangan dan ijtihad.
e. Beri mandat untuk cari ahli – Ini tiada masalah
Ini boleh menjadikan MLM sama ada haram atau batal atau syubhat
5/ overriding bonus, bahasa mudahnya, bonus yg kita dapat hasil jualan downline2(kedua dan seterusnya). Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini / overriding bonus, Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi.
6/ Jual produk yang tidak halal – Ini x payah bincang ler.
Tulisan ini hanya rumusan. Artikel asal adalah jauh lebih panjang dan mendalam berserta dengan dalil2 dan pandangan2 ulama yang muktabar dari seantero dunia.
Akhir kata..ingatlah akan amaran Rasulullah SAW
An-Nu‘man bin Basyirz berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya ada perkara-perkara samar (syubhat/tidak jelas halal haramnya) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Maka siapa yang berhati-hati dari perkara samar (syubhat) ini berarti ia telah menjaga agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang jatuh dalam perkara syubhat berarti ia jatuh dalam keharaman, seperti seorang penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya di sekitar daerah larangan, hampir-hampir ia melanggar daerah larangan tersebut. Ketahuilah, setiap raja itu memiliki daerah larangan. Ketahuilah, daerah larangan Allah adalah perkara-perkara yang Allah haramkan. Ketahuilah, sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal darah. Apabila baik segumpal darah itu maka baik pula seluruh jasad. Sebaliknya apabila rusak maka rusak pula seluruh jasad. Ketahuilah segumpal darah itu adalah hati”. (Hadits riwayat Bukhari no. 52, 2051 dan Muslim 1599)
Rujukan Utama
1. Wang, Anda dan Islam – Halal dan Haram Dalam Kewangan dan Perbankan. Zaharudi Abd Rahman, Truewealth
2. Multilevel Marketing – Satu Tinjauan, Wan Rumaizi Wan Husin, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
mmg online MLM adalah satu pilihan untuk berniaga.
saya melihat, sejak adanya FB dan sebagainya.. semakin ramai para usahawan MLM kini mula bergiat mempromosikan secara Online..
Dan saya yakin perubahan ini akan terus melonjak ke tahap yang lebih maksima lagi apabila mendapat banyak pendedahan seperti tutorial dan sebagainya..
Seperti yang tuan katakan diatas, penapisan prospek.
Hanya melalui online saja kita boleh mengenalpasti di mana hendak mencari mereka.. Inilah prospek targeted kita.