Cara beli topup prepaid guna cimb clicks

Kebiasaannya, ada di antara kita yang memerlukan topup apabila topup habis terutama apabila pada waktu waktu memerlukan atau kecemasan dan juga pada waktu tengah malam,namun tiba-tiba topup habis. Dan wujud perasaan malas mahu keluar hanya kerana mahu membeli topup, atau hari sudah lewat malam. Namun untuk kali ini, khusus bagi pemegang akaun cimb clicks kami akan berkongsi kepada anda satu tutorial cara beli topup prepaid guna cimb clicks ini.

Sebelum ini saya ada menulis artikel tentang cara membeli topup guna maybank2u dan kini saya guna cimb clicks pula, Maklumlah orang sekarang ada banyak akaun bank online untuk pelbagai tujuan.

Segalanya di permudahkan dengan menggunakan perkhidmatan yang ada di tawarkan kepada pengguna cimb clicks, antaranya pemindahan wang dan juga pembelian topup secara online,untuk kali ini akan berkongsi kepada anda cara membeli topup menggunakan cimb clicks.

Dengan adanya kemudahan ini, anda tidak perlu bersusah payah lagi membazir duit minyak kenderaan,masa dan tenaga untuk pergi membeli topup, malah waktu tengah malam pun anda masih boleh membeli topup,Jom kita lihat cara beli topup guna cimb cliks.

Cara Pembelian topup / reload kredit menggunakan CIMB clicks:

1)Pertama sekali anda harus Login seperti biasa. Masukkan username dan password anda serta pastikan Secure Word anda adalah betul dan tepat, ini penting ya, apa sahaja yang berkaitan dengan banking online, anda harus memastikan tahap keselamatannya terjamin.

2) Setelah berjaya login anda Pilih menu “Topup” dan seterus “Prepaid Reload” seperti yang ada pada bar menu di dalam cimbcliks.

3).Kemudian Masukkan maklumat seperti yang diminta, Product type tu, mestilah “Mobile Reload”.

4) Seterusnya,untuk ruangan “Buy”,anda boleh memilih rangkaian apa yang anda mahu gunakan,seperti celcom,maxis, digi dan semua yang ada di paparkan pada skrin, dan jumlah Amaun reload/topup ada di nyatakan sekali jadi anda boleh memilih untuk memasukkan berapa jumlah yang anda mahu topup.

5) Selepas itu,untuk ruangan “Reload To”,sila masukkan nombor telefon yang anda ingin reload/topup. Klik ruangan “others” dan masukkan nombor tersebut.

6) Ruangan “Amount” seperti yang anda pilih itu tadi akan tertera

7).Kebiasaannya proses pembelian secara online akan meminta anda Nombor TAC, jadi anda boleh klik request nombor TAC, kemudian ia akan dihantar ke telefon anda melalui sms terus ke telefon yang telah anda daftarkan, apabila anda telah mendapat nombor TAC, sila masukkan ke proses tadi.

8). Seterusnya klik “Submit”.

9).Terakhir sekali sila klik “Confirm”.

Maka berakhir sudah proses untuk beli topup guna cimbcliks yang sungguh ringkas dan mudah serta menjimatkan masa anda,segalanya cuma di hujung jari anda,ini adalah antara keistimewaan Cimbcliks yang mana anda boleh membeli topup secara online.

Begitu mudah kini dengan menggunakan cimb cliks kerana kita dapat membeli topup secara online dengan begitu mudah, di harap kepada pengguna cimb cliks yang mahu membeli topup boleh lah mengikuti tutorial cara membeli topup dengan cimb cliks ini, semoga dapat membantu anda untuk membeli topup tanpa perlu keluar dan boleh topup telefon bimbit anda tidak kira di mana saja anda berada dan tanpa mengira waktu.

*************************************************************************

Nak mulakan bisnes topup?  Klik untuk info  

*************************************************************************