Cara Mencari File pdf di google

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk mencari file pdf di google yang biasanya digunakan untuk ebook . Teknik ini sebenarnya  juga boleh digunakan untuk mencari apa jua jenis file berbentuk excel (.exe) , MS Word (.doc) dan lain-lain format
Caranya sangat mudah.

Jika anda ingin mencari file pdf berkaitan  cara buat duit  , anda hanya perlu taip cara buat duit filetype:pdf dan akan muncul keputusan seperti dibawah;

Walla!! Anda boleh download terus file pdf tersebut tanpa perlu bersusah payah lagi.
Anda boleh juga gunakan untuk mencari jenis fail yang lain.
Sebagai contoh anda ingin mencari tentang karangan dalam bentuk MS Word. Anda hanya perlu taip karangan filetype:doc dan inilah hasilnya

Ada banyak lagi jenis file lain yang boleh anda cari seperti
file MS Excel – filetype:xls
file PowerPoint = filetype:ppt
file audio – filetype:mp3
file video – filetype:3gp
Anda boleh cuba untuk format file yang lain juga. Dengan info ini, diharap para penjual ebook dan produk digital lebih berhati-hati dan melindungi ruangan download file-file anda dengan sebaiknya kerana ia sebenarnya terdedah untuk di”curi” oleh mereka yang mengetahui teknik carian file pdf di google  ini.

*************************************************************************

Nak mulakan bisnes topup?  Klik untuk info  

*************************************************************************

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *