Cara Topup Reload Digi Prepaid

Kali ni saya nak berkongsi bagaimana  cara nak topup digi prepaid, jom baca posting ini. Digi prepaid ada menyediakan banyak cara untuk topup atau reload akaun digi prepaid . Walaupun saya bukan pengguna digi, tapi sharing is caring kan. Di sini saya kongsikan 4 cara topup digi paling popular yang boleh digunakan. Harap ia dapat membantu.

#1 : Cara Topup Digi Prepaid Menggunakan Kupon Reload

reload-digi-prepaid2Ini adalah salah satu cara reload prepaid digi yang paling popular. Caranya ialah.

1. Beli kupon reload digi dari mana2 outlet dan kedai runcit di seluruh negara.

2. Bila dah dapat kupon tu, anda akan dapat nombor pin 16 digit. Hanya key in <*123*> <16-digit reload number> <#> ,contohnya *123*1234567890123456# dan tekan [CALL] .

3. Anda akan terima SMS dengan baki kredit terkini. Mudah kan?

#2 : Cara Topup Reload Digi Prepaid Menggunakan Flexi eload

digi-prepaid-reload4Flexieload adalah cara paling mudah kerana ia berbentuk autoreload. Anda hanya perlu temui mana-mana penjual prepaid digi, maklumkan nombor telefon dan jumlah topup yang hendak dibeli.

Penjual akan memproses pesanan anda dan prepaid digi anda akan di topup secara automatik. Mudah kan? Ia tak melibatkan anda mengisi nombor pin sepeti belian kupon reload.

Jika anda berminat nak tahu macam mana nak beli topup prepaid digi pada harga diskaun, boleh rujuk kat sini. Anda boleh beli secara sms. Memang terbukti mudah dan cepat sebab anda boleh beli prepaid digi dimana-mana sahaja asalkan handphone anda ada line. Kalau oustation atau hujan lebat, boleh hantar sms je untuk buat belian.

#3 : Cara Topup Reload Digi Secara Online Melalui Digi Online Store

reload-digi-prepaid1Untuk menggunakan kaedah ini, anda hanya perlu layari laman digi online store .

1. klik ‘Reload Online’ . Pada laman Prepaid Reload , masukkan nombor telefon digi prepaid anda dan jumlah yang anda hendak topup. Kemudian klik ‘Validate’.

2. Masukkan info peribadi anda dan tekan “submit”

3. Anda perlu membuat bayaran mengikut kaedah bayaran yang anda selesa seperti online banking atau kad kredit. Anda akan terima resit bila pembayaran berjaya dibuat.

#4 :Cara Topup Reload Digi Prepaid Melalui Online Banking & ATM

reload-digi-prepaid3Anda boleh topup digi prepaid secara online melalui online banking Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam dan pelbagai bank lain yang ada di Malaysia ni. Cara ni memang sangat mudah. Anda hanya perlu login ke akaun bank pilihan anda untuk mula membeli reload digi prepaid . Jumlah reload yang ditawarkan mungkin berbeza bagi setiap bank.

Anda banyak lagi cara untuk topup digi prepaid , boleh rujuk web rasmi digi  ini

*************************************************************************

Nak mulakan bisnes topup?  Klik untuk info  

*************************************************************************