Saya baru sahaja habis membaca satu laporan bertajuk “Rahsia Usahawan Internet” yang ditulis oleh Ammar Zahar. Mungkin saya agak terlambat menulis tentangnya, tapi “better late than never”.
Okla, laporan ni sebenarnya dalam format transkrip temuramah dimana penulis telah menemuramah 6 orang usahawan internet malaysia yang telah terbukti berjaya dalam bidang masing-masing. Usahawan internet tersebut adalah Smartzul, Abooain, Shuth, Yusry, Eruwan dan Amirol.
Laporan ni mempunyai 100 mukasurat. Memang agak tebal jugak untuk sebuah laporan percuma. Tapi oleh sebab ia didalam konsep temuramah, takde la rasa boring membacanya. Seronok sebenarnya membaca laporan ni sebab kita rasa macam kita sendiri pulak yang berborak dengan usahawan internet ni.
Kat sini saya nak share sikit antara rahsia yang dibongkarkan oleh usahawan internet ini;
Bekerja secara profesional dan anda akan jadi profesional. Tetapkan matlamat dan garis panduan yang perlu diikuti. Sentiasa belajar dan berusaha atas apa yang dilakukan – Amirol
Cari masalah… cari penyelesaian… dan “match”kan. InsyaAllah anda akan buat duit daripadanya.
– Shuth
Ada banyak lagi rahsia dari usahawan internet laEbook ini mempunyai 100 mukasurat dan memang sarat dengan pelbagai informasi. Bukan senang kita nak dengar kisah sebenar disebalik kejayaan usahawan-usahawan internet malaysia ini. Jadi ebook “Rahsia Usahawan Internet” ini memang wajar dimiliki oleh sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan melalui internet
Download Laporan “Rahsia Usahawan Internet Malaysia” sekarang juga
*************************************************************************
Nak mulakan bisnes topup? Klik untuk info
*************************************************************************