Hari ni tiba-tiba teringat untuk semak harga saham fgvh terkini sebab ia baru je disenaraikan pagi tadi. Jadi, saya merajinkan diri menjenguk di web Bursa Malaysia dan harga terkini yang saya lihat pada jam 1.15 petang tadi ialah RM5.29. Saya difahamkan harga saham fgvh ni dibuka pada harga RM5.39 dimana ia lebih tinggi dari harga ditawarkan iatu RM4.55.
Saya takdela arif sangat tentang saham ni, tapi teringin juga ambil tahu serba sedikit tentang ni. Jadi, ada buat sedikit carian ringkas dari google. Kalau-kalau ada yang update tentang naik turun harga saham fgvh ni, dan saya jumpa ini.
Harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd dicatatkan RM5.38 sehingga jam 10.10 pagi tadi. Kaunter itu meningkat kepada RM5.40 selepas dagangan dan turun naik selama 24 saat antara RM5.38 dan RM5.40. Pengendali minyak sawit ketiga terbesar di dunia itu membuat kemunculan sulungnya di Bursa Malaysia pada harga RM5.39 dengan premium 84 sen berbanding harga tawarannya RM4.55 sesaham.
Itu adalah info yang yang saya dapat dari blog Pahang Daily. Tak pastila berapa harga saham ni bila kaunter saham ditutup hari ni. Tertanya-tanya agak-agaknya, berapakah target harga tertinggi yang boleh dicapai oleh saham felda ni dan saya terjumpa info ini.
IPO FGVH target price/fair value oleh Research House setakat ini :Maybank Investment : 6.00Interpacific : 5.80ECM : 5.65Affin Investment : 5.50TA : 5.50JF Apex : 5.40MIDF : 5.30Ave. : 5.60Highest : 6.00Lowest : 5.30
Berapa Harga Terkini Saham Felda (FGVH) hari ini ?
*************************************************************************
Nak mulakan bisnes topup? Klik untuk info
*************************************************************************
pelaburan jangkamasa panjang juga. mudahan saham fgvh sampai sasarannya
Ya.Ada yang jenis suka simpan saham utk dividen, ada juga mencari keuntungan segera.Harapnya semua yang pegang saham ni dapat capai target mereka
Harga turun ke RM4.70, RM0.15 berbanding harga penawaran awal. Sekiranya turun di bawah RM4.55, maka para peneroka FELDA akan mengalami kerugian.
Pada hari ini, saham FGVH turun lagi RM4.680, jika berterusan peneroka akan menanggung kerugian .
saham FGVH Terus merundum peneroka hanya dapat 800 unit aje
yg risau org bukan peneroka yg beli lebih.dan paling menakutkan
peneroka dapat sikit tapi dia kena bayarkan utk bukan peneroka yg beli saham.
forex bagi orang islam.boleh ke?
saham ni banyak risikonya 😉
Tengah tunggu baki duit durian runtuh rm5k..huhuhu bila nak dapat
huh..dah tinggal rm4.55 sama macam harga bukak dulu..mana najib haramjadah, isa politik wang, amat maslan nak jawab nih?? nak tunggu sampai tinggal 50 sen ke?? takkan nak tuduh PR yg jatuhkan saham ni? kuat nar lah PR sampai boleh jatuhkan saham???
tahun 2013 – Info dalam buku ni dah tak valid dah. Sebab sekarang paypal dan clickbank dah dibuka untuk rakyat malaysia.
http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/list-of-companies/plc-profile.html?stock_code=5222
Hari ini 17 mac 2015. saham fgvh hanya tinggal RM 2.11. Turun sebanyak 54%…..