TIdak boleh gunakan ayat  ayat Al  Quran untuk kepentingan dunia anda. Al  Quran adalah kitab Allah, tidakkah kita malu menggunakan kitab Allah untuk kepentingan diri sendiri ? Jika ingin belajar Al ÂQuran biarlah ikhlas.
Membawa masuk Al ÂQuran ke dalam tandas dengan sengaja.
Membaca Al ÂQuran dengan niat hendak menunjuk  nunjuk pada orang lain.
Menggunakan ayat Al ÂQuran untuk membuli orang lain.
Menghina dan memperlekehkan ayat Al ÂQuran. Anda tidak boleh ada niat menghina ayat Al ÂQuran walaupun sedikit.
Tidak boleh menentang ayat Al ÂQuran dengan menidakkannya. Al  Quran adalah antara kitab yang kita perlu imani. Jadi, di manakah iman kita jika kita tidak percaya pada ayat  ayat AL ÂQuran. Anda perlu terima ayat  ayat Al  Quran bulat  bulat tanpa ada niat untuk menidakkannya.
Memijak Al ÂQuran dengan sengaja.
Membenci ayat Al  Quran.
Mempunyai rasa dengki pada orang yang ada kefahaman lebih mengenai ayat  ayat AL ÂQuran. Mereka yang mempunyai kefahaman mengenai Al  Quran adalah kerana mereka melakukan ibadah siang dan malam. Jadi, tidak wajarlah anda dengki pada mereka atas usaha yang mereka lakukan. Lagipun, anda juga boleh beribadah jika anda mahu.
Tidak boleh melarang orang lain dari membaca Al  Quran.
Jangan ubah maksud atau makna yang terkandung dalam ayat Al ÂQuran. Ayat Al-Quran adalah wahyu, jadi ia tidak mungkin silap.
Tidak boleh menyesatkan orang lain dengan menggunakan ayat Al  Quran.
Memperkecilkan ayat Al ÂQuran dan menggap dalil yang datang dari Al ÂQuran adalah tidak penting.
*************************************************************************
Nak mulakan bisnes topup? Klik untuk info
*************************************************************************