Sudah lama saya tak update sebarang info tentang bisnes yang saya jalankan. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu projek buat duit terbaru saya iaitu program GDI. Mungkin ada yang sudah pernah mendengar tentang Global Domain International atau secara ringkasnya dipanggil GDI. Sebenarnya saya mengetahui tentang GDI sejak 2005 lagi, tetapi ketika itu saya masih belum nampak potensinya.
Semalam, saya mengambil keputusan untuk menyertai GDI setelah hampir 2 bulan membuat kajian. Secara ringkasnya, GDI menyediakan kemudahan domain dan hosting kepada para peserta. Jadi, secara tak langsung, setiap ahli berpeluang memiliki laman web dengan nama domain pilihan mereka sendiri. Apa yang menjadikan ia begitu menarik, ialah anda boleh buat duit dengan GDI .Anda akan menerima bayaran setiap bulan! Bukan sekali sahaja.
Kenapa saya pilih GDI?
GDI ialah satu program MLM antarabangsa versi internet yang telah beroperasi hampir 10 tahun. Dengan produk digital (domain dan hosting), anda tidak perlu risau tentang penghantaran produk. Segalanya boleh diuruskan secara online sahaja. Dengan bayaran sebanyak $10 sebulan (sekitar RM35/bulan), ia bukanlah satu perniagaan yang membebankan. RM35 adalah nilai top up handphone saya untuk 2 minggu sahaja!
Selepas saya berjaya mendapat pendapatan berterusan dari bisnes prepaid Mymodeyang diusahakan sudah sejak 2006 . Kini saya mencari-cari apakah peluang lain yang boleh memberikan pendapatan residual seperti itu. Ini kerana, walaupun margin keuntungan prepaid yang kecil, saya masih mampu menjana pendapatan lebih RM1,000 setiap bulan. Sebagai surirumah, ia adalah satu gaji yang agak tinggi.
Kini, saya memilih untuk buat duit dengan GDI kerana saya percaya, walaupun komisen yang ditawarkan sekadar USD1 (RM3.50) untuk setiap downline, jika saya benar-benar serius membina dan membantu ahli kumpulan saya, tak mustahil saya boleh menjana lebih dari RM1,000 sebulan.
Dengan bantuan upline seperti sifu Mazelan, sifu Aridz dan sifu Zamri Nanyan, saya kira ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Jika anda berminat nak menyertai team saya, bolehla dapatkan video percuma oleh Zamri Nanyan di ****atau telah saya ringkaskan kepada ***
Ahli kumpulan saya juga akan mendapat sebuah laman web seperti ini juga. Bagi saya ia satu sistem yang hebat dan akan dapat membantu dalam mengembangkan perniagaan GDI kita nanti.
Anda juga boleh terus daftar percuma di *** . Tiada caj dikenakan untuk 7 hari tempoh percubaan. Semakin ramai yang nampak potensi untuk buat duit dengan GDI. Anda boleh menaja diseluruh dunia. Hanya usaha sahaja yang akan membezakan pendapatan yang bakal kita perolehi.
Update : Saya sudah tidak aktif mempromosikan GDI . Anda boleh rujuk laman web salah seorang downline saya yang aktif disini . Laman web tersebut juga ada memberikan tips membina laman web dan sebagainya.
*************************************************************************
Nak mulakan bisnes topup? Klik untuk info
*************************************************************************
Salam ..
Tahniah kerana menyertai GDI
Nampaknya perniagaan ini semakin dipelopori oleh otai-otai IM
Semoga kita sama2 kecapi kejayaan 🙂
wah… makin masyuk lg lah income pas ni.. tahniah
terima kasih atas kunjungan. Insyaallah kita akan berjaya
insyaallah. semoga segala usaha akan mendatangkan hasil
Semoga berjaya.
Ada terbaca mengenai mereka yang dah menyertai sudah habis tempoh 7 hari nak cancelkan akaun susah siap kene telefon baru boleh cancel betul ke?
Tak susah sebenarnya nak cancel . Tak perlu telefon pun boleh. Hanya email pada support mereka dah memadai. Saya dah cuba, dan berjaya.
untuk trial tiadak perlu call, emel jek..
Salam akak,
salam singgah. GDI jugak ek? Saya pun sama gak, selepas hampir 2 tahun review dan kaji, akhirnya saya masuk gak.
Betul cakap akak, hanya usaha yang bezakan segala-galanya. Orang berjaya kerana usaha, orang gagal kerana malas… 😀
tukar link blog boleh? saya akan addkan link akak ke blog saya
terima kasih~
Macam mana ngn pendapatan cik asma dgn video u tube tu masih berjalan dan dpt pendapatan lg ke?
nak tanya sistem ini mcm mane perlu cari downline ke atau bagaimana?
sya baru tadi daftar kena bayar ke/kalo nak cancel cmna?