Senarai Program Affiliate Malaysia 2011

affiliate malaysia

affiliate malaysia


Hari ini semakin banyak program affiliate yang boleh disertai oleh rakyat Malaysia.  Ini kerana, ia merupakan salah satu kaedah pemasaran yang berkesan untuk mempromosikan sesuatu produk.
Peserta affiliate akan menerima komisen berdasarkan jualan/klik atau lead yang mereka hasilkan. Jadi, penganjur affiliate hanya perlu tumpukan kepada produk dan servis kepada pelanggan. Dengan kaedah ini, semua pihak akan berada dalam situasi menang-menang.  Peserta dapat untung berbentuk komisen dari setiap jualan yang dibuat manakala pengajur dapat untung dari jualan.
Tak mustahil affiliate boleh dapat income 4-5 angka setiap bulan dengan mudah sekali. Kenapa saya katakan begitu? Sebabnya ialah, dengan menyertai program affiliate;

1. Anda tidak perlu memiliki sebarang produk – sebab penganjur affiliate akan sediakan produk
2. Anda tidak perlu laman web sendiri – sebab penganjur affiliate akan beri url kepada anda
3. Anda tidak perlu menguruskan pembeli – sebab penganjur affiliate akan uruskan bayaran, penghantaran produk dan menjawab sebarang persoalan tentang produk
4. Anda tidak perlu masa yang lama untuk mempromosikannya – sebab kerja anda cuma promosikan url anda kepada orang ramai.
Ini kerana, bidang pemasaran internet semakin mendapat tempat di hati mereka yang ingin membuat duit secara sambilan. Disini saya akan kongsikan beberapa program affiliate yang boleh anda sertai.
1. Kedai Buku Adikbijak
Ini adalah salah satu program affiliate yang saya sertai sejak 2007. Ia menjual buku untuk anak-anak dan keluarga. Komisen dibayar hingga level 3. Saya sudah beberapa kali menerima komisen dari mereka. Anda boleh mendaftar secara percuma di web Adikbijak . Hanya pilih mana-mana buku dan promosikan. Ahli juga akan mendapat diskaun untuk setiap belian mereka. Pihak Adikbijak sering membuat promosi dan pakej menarik dari masa ke semasa.
2. Program ChurpChurp
Churpchurp adalah program yang membolehkan anda mempromosikan link yang diberikan kepada anda. Anda akan dibayar mengikut klik ataupun signup. Hanya promosikan url anda di twitter/facebook dan blog.  Anda boleh daftar di laman churpchurp ini. Program ini adalah percuma. Saya juga ada buat posting cara buat duit dengan churpchurp disini.
3. Program Clickbank

Program ini membolehkan anda mempromosikan pelbagai ebook yang diterbitkan oleh pihak Clickbank. Anda akan diberikan komisen dalam USD untuk setiap jualan yang berjaya dilakukan. Cek akan dihantar kepada anda oleh pihak Clickbank. Semakin ramai rakyat Malaysia yang dah berjaya dengan program Affiliate ini. Kalau anda berminat untuk sertainya, boleh dapatkan ebook Teknik Clickbank ini.
4. Program Affiliate untuk Ebook

Anda juga boleh menjadi affiliate untuk pelbagai jenis ebook yang dipasarkan di pasaran Malaysia. Anda akan dibayar bila berjaya membuat jualan ebook tersebut bergantung kepada syarat yang telah ditetapkan. Sebab ada penganjur yang turut meletakkan nilai komisen minima untuk melayakkan bayaran dibuat. Anda boleh rujuk disini untuk senarai produk affiliate yang tidak berkaitan dengan niche buat duit dan tips mempromosikannya.
Bagaiamana nak sertai affiliate ebook seperti ini?

Anda hanya perlu taip di cari di bahagian atas/bawah web ebook tersebut dan dapatkan menu affiliate. Jika tiada, boleh taip di google site:ebookminat.com affiliate . Biasanya anda akan jumpa link affiliate untuk anda sertai.

Ada baaanyak lagi ebook yang boleh dipromosikan, cuma kena rajin mencarinya sahaja. Ada juga beberapa web yang menjadi penganjur affiliate seperti JomNiaga.com  dan Klikjer.com dimana anda hanya perlu daftar sekali dan dapat mempromosikan pelbagai jenis produk.
Lagi satu, tanpa teknik yang betul. Agak sukar untuk anda membuat sebarang jualan. Cara terbaik? pelajari dari mereka yang sudah pakar. Dari situ anda boleh membuat pilihan , cara promosi yang berkesan dan sesuai untuk anda. Saya cadangkan anda download ebook dari EruwanGerry , tiada kos kepada anda sebab ia percuma je.
Sebenarnya ada sangat banyak lagi program yang boleh  disertai oleh rakyat Malaysia. Boleh jugak tengok bisnes yang saya buat kat sini. Harap info diatas serba sedikit akan dapat membantu.Harap info diatas serba sedikit akan dapat membantu.

Hari ini semakin banyak program affiliate yang boleh disertai oleh rakyat Malaysia.  Ini kerana, ia merupakan salah satu kaedah pemasaran yang berkesan untuk mempromosikan sesuatu produk. Peserta affiliate akan menerima komisen berdasarkan jualan/klik atau lead yang mereka hasilkan. Jadi, penganjur affiliate hanya perlu tumpukan kepada produk dan servis kepada pelanggan. Mudah kan?

*************************************************************************

Nak mulakan bisnes topup?  Klik untuk info  

*************************************************************************

38 Comments

  1. afzal laidin
  2. koridor-utara.com
  3. mohd. hafidz
  4. admin
  5. mes
  6. kie
  7. Joel
  8. Azis
  9. hafeez
  10. kerja kosong
  11. FB
  12. Akbar
  13. as
  14. kjeong
  15. edie
  16. ita ammir
  17. siti
  18. nid
  19. Shahliza
  20. Farhan Syah
  21. ahmad burhanuddin
  22. admin
  23. admin
  24. admin
  25. treaky
  26. AFFILATE
  27. izani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *