Berikut adalah antara strategi yang anda boleh gunakan untuk menghafal Al ÂQuran.
Anda hafal Al ÂQuran secara duo iaitu berdua. Apabila anda lakukannya secara berjemaah, anda akan lebih semangat dan cepat ingat. Pagi  pagi, anda hafal ayat Al ÂQuran dengan cara mengulang  ulang sehingga anda ingat. Pada petangnya, anda suruh rakan anda periksa bacaan anda.
Baca seluruh surah sebanyak dua tiga kali sehingga anda biasa dengan ayat  ayat Al ÂQuran yang terdapat dalam surah tersebut. Kemudian, baru anda mulakan hafalan 5 hingga 7 ayat dalam masa sehari bergantung kepada panjangnya sesuatu ayat. Esoknya anda baca seluruh ayat Al ÂQuran sekali dan hafal 5 hingga 7 ayat seterusnya. Apabila anda sudah biasa dengan bacaan dalam surah tersebut, anda akan hafal dengan laju.
Untuk menghafal satu ayat Al ÂQuran, anda boleh ulang baca sehingga anda betul  betul menghafal atau ingat.
Betulkan bacaan anda dari segi sebutan dan tajwid. Apabila cara bacaan anda betul, anda akan rasa lebih senang untuk menghafal ayat Al Quran. Lebih baik, anda belajar bahasa arab dan kuasai bahasa arab. Yalah, apabila anda mahir berbahasa inggeris contohnya, anda akan lebih senang menghafal lagu bahasa inggeris. Begitu juga dengan Al ÂQuran di mana anda akan senang untuk menghafal ayat Al ÂQuran jika anda mahir berbahasa arab.
Amalkan puasa sunat pada isnin dan khamis. Pada hari yang anda tidak puasa , anda jangan makan terlalu banyak. Perut yang terlalu kenyang akan menyukarkan anda untuk membaca dan menghafal Al Âquran. Apabila perut anda kosong, anda akan rasa lebih tenang dan senang untuk menghafal ayat Al ÂQuran.
Ayat Al Âquran adalah kalam Allah di mana anda wajar memuliakannya dengan menghafal ayat Al ÂQuran. Walaubagaimanapun, pastikan anda menghafal Al Quran kerana anda ikhlas hendak menghafalnya.
*************************************************************************
Nak mulakan bisnes topup? Klik untuk info
*************************************************************************