Orang islam sekarang semakin suka mengambil jalan mudah iaitu mereka lebih suka berfikir dan mengambil tahu daripada berfikir yang di sertakan amalan. Di sebabkan orang islam sekarang suka mengambil mudah, mereka mengambil mudah mengenai Al ÂQuran dan amalan membaca Al ÂQuran sudah mereka tinggalkan secara perlahan  lahan tanpa mereka sedar.
Untuk menyedapkan hati, mereka akan dengar bacaan Al ÂQuran tanpa ada usaha untuk memahami apa yang Al ÂQuran ceritakan. Untuk jadi orang yang benar  benar beriman, kita tidak boleh lari daripada aktiviti memahami AL ÂQuran. Untuk memahami ayat Al  Quran pula, kita perlu membacanya sendiri. Kita tidak boleh suruh orang lain baca dan anggap kita sudah faham apa yang di ceritakan di dalam Al ÂQuran. Kita perlu baca sendiri supaya , kemudian barulah kita faham apa yang Al Quran ceritakan.
Jika anda tidak reti membaca Al ÂQuran, anda perlu belajar. Selepas anda belajar membaca Al ÂQuran, anda perlu belajar bahasa Arab. Ini kerana bahasa Arab adalah bahasa yang di gunakan di dalam Al ÂQuran. Untuk anda memahami AL ÂQuran, anda perlu belajar bahasanya dahulu. Memang tidak ada jalan mudah kerana memang tugas anda untuk beribadah pada Allah taala.
Anda tidak boleh berharap pada terjemahan kerana struktur ayat mungkin berbeza dan ia akan beri anda kefahaman yang berbeza nanti. Saya ulangi, tidak ada jalan mudah untuk kita memahami Al ÂQuran melainkan kita berusaha sendiri membaca dan memahami sendiri apa yang terdapat di dalam Al ÂQuran. Jika anda rasa susah, anda usaha lagi sampai anda berjaya. Wallahualam.
*************************************************************************
Nak mulakan bisnes topup? Klik untuk info
*************************************************************************