Al ÂQuran adalah panduan hidup bagi umat islam. Jadi, kita semua perlu ada sikap hendak membaca Al ÂQuran dan mengulang baca sehinggalah kita tiada lagi di dunia ini. Namun, sikap suka membaca Al ÂQuran seperti sudah hilang daripada jati diri seorang islam.
Sekarang, orang islam lebih suka melakukan perkara mengikut emosi tanpa berusaha untuk belajar memahami Al ÂQuran secara menyeluruh. Sebagai seorang islam, anda tidak boleh hanya belajar bab  bab tertentu sahaja di dalam Al ÂQuran. Anda perlu belajar semua kerana Nabi Muhammad S.A.W berdakwah berdasarkan seluruh isi Al  Quran. Jadi, tidak wajar untuk anda memilih bulu ketika belajar isi Al  Quran.
Salah satu cara hendak mendisiplinkan diri mempelajari seluruh isi Al ÂQuran adalah sentiasa membaca Al  Quran sehingga khatam dan mengulang baca sehingga khatam buat seumur hidup anda. Apabila anda selalu baca AL ÂQuran sehingga khatam, anda akan tahu dengan jelas apa yang di ceritakan di dalam Al ÂQuran, insyaAllah.
Untuk memahami isi Al  Quran dengan jelas, anda perlu membacanya sehingga khatam dengan pantas dan ulang baca dengan kerap tanpa henti. InsyaAllah selepas beberapa kali anda khatam membaca Al  Quran, anda akan mula memahami isi Al ÂQuran sedikit demi sedikit.
Di sebabkan anda perlu bacanya sehingga khatam dengan pantas, anda perlu ada teknik atau strategi untuk melakukan. Strategi yang anda boleh gunakan adalah baca dua halaman sebelum dan selepas solat fardhu. Itu bermakna bagi setiap solat fardhu, anda baca empat halaman Al- Quran.
InsyaAllah, selepas sebulan anda akan berjaya khatamkan Al ÂQuran dengan jayanya. Apabila anda sudah khatam, anda terus mula dari awal  awal. Anda jangan tangguh kerana ilmu tidak akan menunggu anda, anda yang perlu mengejarnya. Wallahualam.
*************************************************************************
Nak mulakan bisnes topup? Klik untuk info
*************************************************************************