Betulkan bacaan Al ÂQuran dengan di bimbing seorang guru. Jika bacaan Al ÂQuran anda pun masih tidak betul, anda akan rasa susah untuk menghafal Al ÂQuran. Apabila bacaan Al ÂQuran anda lancar, anda akan rasa lebih selesa untuk menghafal Al ÂQuran.
Biasakan diri anda membaca Al ÂQuran . Itu bermakna anda perlu mengkhatam beberapa kali dahulu, barulah anda mencuba untuk menghafal Al ÂQuran. Jika anda terus pada penghafalan tanpa membiasakan diri membaca Al ÂQuran, anda akan rasa sangat susah untuk menghafal kerana minda anda tidak biasa dengan bacaan Al ÂQuran.
Mulakan penghafalan di waktu pagi iaitu pada sebelum subuh atau selepas subuh kerana ketika ini minda anda sangat senang menerima input baru. Jika anda menghafal di waktu petang, anda akan rasa susah nak ingat kerana minda anda sudah penuh dengan maklumat.
Tekad untuk menghafal keseluruhan ayat Al  Quran dalam masa yang sekejap tetapi dalam masa yang sama anda lakukan apa yang anda mampu sahaja. Setiap hari anda hafal ayat Al ÂQuran mengikutkemampuan anda. Jika hati anda mula berkata tidak, anda berhenti menghafal kerana anda sudah hilang fokus.
Gunakan ayat yang anda hafal di dalam solat. Pastikan anda tahu ayat dan surah yang anda sedang baca.
Belajar bahasa Arab dan dalam masa yang sama anda hafal terjemahan ayat Al-Quran. Memang cara ini sedikit lambat tetapi sekurang  kurangnya, ayat Al-Quran yang anda hafal itu akan lekat pada minda anda untuk masa yang lama.
Berpakat dengan rakan anda untuk menghafal bersama  sama. Apabila kita lakukan sesuatu secara berjemaah, kita akan rasa lebih semangat dan yakin.
*************************************************************************
Nak mulakan bisnes topup? Klik untuk info
*************************************************************************