Sebelum ini kita sudah baca part 1 untuk Tips Pengurusan Masa yang Efektif. Untuk bahagian yang kedua ini, saya akan kongsikan dengan anda
DIMANAKAH MASA DIHABISKAN OLEH MANUSIA?
Sedarkah kita di manakah 24 jam yang diberikan tadi dihabiskan? Jean Louis Seaan dalam bukunya, ‘The Art Of Time’ ada mengemukakan lima perkara di mana masa dihabiskan. Menurut beliau, manusia telah membentuk satu tabiat sejak mula lagi bagi menetapkan apa yang akan dilakukan oleh manusia tersebut. Tabiat-tabiat ini adakalanya membantu manusia untuk mencapai kejayaan tetapi lazimnya menghalang kita daripada mencapai impian sendiri.
Tabiat manusia #1 : Melakukan sesuatu yang kita suka terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu yang tidak kita gemari.
Hal ini adalah kelaziman bagi setiap manusia. Perkara yang disukai akan diberikan perhatian yang lebih walaupun hal itu mungkin tidak memberikan apa-apa hasil pada kemudian hari. Sebaliknya perkara yang kurang diminati walaupun berpotensi tidak akan dilakukan dengan cepat atau sepenuh hati. Misalnya, jika kita meminati muzik, maka kita akan berusaha untuk membeli kaset, alatan muzik dan belajar menggunakannya sepenuh masa.
Sedangkan ketika itu kita seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Matapelajaran tertentu akan diabaikan, walaupun ia penting untuk masa depan. Nyatalah lazimnya sesuatu yang kita suka lakukan tidak semestinya memberikan faedah pada masa depan dan sebaliknya yang tidak disukai itu banyak memberi faedah pada masa depan.
Tabiat manusia #2: Melakukan perkara yang cepat berbanding yang lambat.
Tiada siapa yang suka berbaris panjang dan menunggu untuk melihat dan mendapatkan sesuatu.Pada zaman yang serba canggih ini, semuanya inginkan setiap perkara yang berlaku itu pantas tanpa menghiraukan kesan di sebalik kepantasan tersebut. Contoh yang mudah ialah ketika melintasi jalan raya. Terdapat dua pilihan untuk ke seberang jalan raya yang sesak sama ada menggunakan jejantas atau terus menyeberangi jalan tadi. Jarang yang akan menggunakan jejantas tetapi ramai yang sanggup menyeberangi jalan raya secara terus, risikonya amat tinggi.
Tabiat manusia #3: Melakukan perkara yang awal sebelum yang akhir.
Jean mengatakan, perkara yang awal itu memulakan sesuatu usaha dengan gigih dan tekun pada mulanya tetapi tidak berterusan hingga ke penghujung. Pepatah Melayu ada mengatakan, “Hangat-hangat tahi ayam”. Sikap ini amat meluas di kalangan kita.
Kita pada mulanya akan bergerak untuk melakukan sesuatu pekerjaan pada awalnya kerana pekerjaan itu mudah dan tidak banyak memerlukan penjagaan. Walau bagaimanapun. apabita tugasan tersebut semakin sukar dan bebanan semakin tinggi, kita akan mula patah semangat untuk melakukannya.
Adakah anda mempunyai tabiat-tabiat diatas? Kalau ya, mungkin inilah masanya untuk kita mula menguruskan masa kita dengan lebih efektif
*************************************************************************
Nak mulakan bisnes topup? Klik untuk info
*************************************************************************