Setiap individu mempunyai masa selama 24 jam. Dalam masa-masa yang terbatas itulah, setiap individu mesti melaksanakan tiga aktiviti penting dalam hidupnya. Pada umumnya seorang manusia itu perlu 8 jam untuk bekerja. 8 jam untuk tidur dan 8 jam lagi untuk berehat dan berhubung dengan manusia lain. Jadi melalui aktiviti-aktiviti ini, setiap manusia itu akan dapat menjalinkan perhubungan hidupnya dengan diri sendiri, sesama manusia, alam dan Tuhan-Nya.
Bagi masyarakat Islam, setiap muslim diingatkan untuk menguruskan masa dengan efektif dengan menyediakan jadual waktu kerja harian dengan tersusun supaya setiap matlamat dapat dicapai. Ingatan ini dapat dilihat daripada hadith Rasulullah SAW yang bersabda;
“Sewajar setiap yang berakal, selagi akal fikirannya tidak hilang, bahawa dia membahagikan masa-masanya kepada empat waktu, :
a) Waktu dia bermunajat (berzikir) pada Allah SWT.
b) Waktu untuk dia bermuhasabah tentang dirinya.
c) Waktu untuk dia berfikir berlubung dengan barang-barang ciptaan Allah SWT
d) Waktu untuk dia menumpukan kepada keperluannya seperti mencari makanan dan minuman.
Namun demikian, wajar juga diambil masa untuk beristirehat. Ini adalah kerana anggota badan yang letih lesu kerana banyak bekeria boleh membawa kepada kebosanan dan jemu. Oleh itu, amat perlu dibahagikan sedikit masa untuk bersuka-suka dan menghiburkan hati dengan perkara-perkara yang dibolehkan syarak.
Jadi secara umumnya setiap individu itu telah menggunakan setengah daripada jumlah masa tersebut untuk melakukan kerja-kerja persendirian, satu perempat (1/4) pula untuk bekerja atau belajar dan bakinya untuk aktiviti-aktiviti yang lain.
Setiap pelajar perlu menguruskan masa dengan bijak supaya tidak timbul masalah ‘tidak cukup masa’. Untuk rnenjadi pelajar yang cemerlang, individu mesti menguruskan masa dengan betul. Individu perlu merancang apa yang mahu dilakukan. Individu juga perlu merancang penjadualan sebenar untuk seminggu secara terperinci.
Oleh yang demikian, adalah jelas perlunya pengurusan masa dan setiap pelajar juga perlu ada kemahiran dalam menguruskan masa. Dengan itu boleh dikatakan bahawa masa itu bersifat ‘paradox’, iaitu tiada siapa yang mempunyai cukup masa tetapi semua orang mendapat jumlah yang sama. Terpulanglah kepada individu untuk menyesuaikan serta menguruskan masanya agar benar-benar berfaedah. Pada hakikatnya pengurusan masa ialah pengurusan kendiri atau pengurusannya hanya 24 jam sehari dan tidak lebih, tidak kurang agar masa tidak terbuang dengan sia-sia
Pengurusan masa secara tidak teratur akan menyebabkan kerja-kerja tidak berjalan mengikut perancangan, tertangguh, terbengkalai dan lain-lain. Ia juga turutmembawa kepada rendahnya ‘self-esteem ‘, kerjaya yang tidak tercapai dan tingkahlaku yang boleh merosakkan kehidupan anda.
Cara pengurusan masa yang paling mudah ialah dengan menggunakan kaedah A. B dan C.
A = Ketahui apa yang telah anda miliki.
B = Ketahui apa yang anda mahukan.
C = Menggunakan A dan B untuk mendapatkan apa yang anda mahukan.
Pengurusan masa yang berkesan bukanlah bermakna seseorang itu bekerja dalam jangka masa yang lebih lama atau bekerja lebih keras (kuat) tetapi lebih kepada bermaksud ” Do more by working smarter.”
*************************************************************************
Nak mulakan bisnes topup? Klik untuk info
*************************************************************************