Sekarang ni semua orang pasti mempunyai blog. Hatta budak sekolah sekarang ni pun dah ada blog. Sebenarnya sangat mudah cara nak buat blog di blogspot ni. Anda cuma perlukan akaun gmail. Semasa meronda-ronda di youtube, saya terjumpa satu video yang berkualiti untuk dijadikan panduan dalam usaha anda untuk membuat blog di blogspot.
Dengan menonton video ni, memang mudah untuk anda belajar cara membuat blog di blogspot ni. Tak kisah la blog anda itu nak digunakan untuk buat duit di internet ataupun sekadar blog peribadi untuk kegembiraan diri sendiri. Apa yang penting, anda kena tahu dulu cara nak buat blog. Tak sampai 5 minit pun, anda akan ada blog anda sendiri di blogspot.
Sambil tonton video ni, boleh terus aplikasikan. Video ni akan tunjukkan cara;
1. Cara mendaftar akaun gmail
2. Cara membuat blog di blogspot melalui blogger.com
3. Cara membuat posting pertama di blog anda
Tanpa melengahkan masa, jom kita tengok video Cara Buat Blog di Blogspot
Bila dah ada blog sendiri. Mesti seronok kan? Jangan lupa untuk rajinkan diri untuk update blog anda ye.
Buat blog di blogspot ni cuma langkah pertama. Masih banyak yang perlu dipelajari. Kalau kena dengan caranya, tak mustahil anda boleh buat duit dengan blog anda.
Kalau anda nak mendalami lagi ilmu buat blog ni, boleh juga dapatkan ebook “Usahawan Blog” . Banyak ilmu tambahan yang boleh anda perolehi didalamnya.
*************************************************************************
Nak mulakan bisnes topup? Klik untuk info
*************************************************************************
thanks bro. kite nak try wt blog sendiri dah nih…
thank a lot about your video
Thanks ! Supper Post !
salam..
boleh comment blog saya tak
thanks
Waalaikumsalam,
Hmm, saya ni bukanla pandai sangat nak komen blog orang. Nampaknya blog tu masih baru lagi kan? jadi tidak banyak content yang perlu dibaca.
Jika tuan rasa agak sukar untuk update blog setiap hari, boleh gunakan fungsi schedule. Siapkan beberapa artikel terlebih dahulu , dan tarikhnya ditukar kepada setiap 1 minggu ke. Jadi, blog akan nampak seperti sentiasa diupdate.
Di segi design, okla kot. Cuma sidebar tu agak tidak tersusun.
Boleh juga letakkan link untuk bisnes katering tuan di sidebar.
Kena pastikan tujuan utama kita blog buat blog. Adakah sebagai blog personal atau bisnes. Kalau personal, mungkin boleh jadikannya sebagai ruang untuk mencatat perjalanan bisnes secara santai.Mungkin dari situ, kita akan dapat menarik lebih ramai pelanggan.
Harap komen ini serba sedikit dapat membantu.Sebab saya pun tak pandai sangat.